
Ada satu eksperimen yang ingin dijalankan bagi mencari penawar racun ular. Syaratnya seseorang harus merelakan dirinya terkena gigitan ular berbisa itu terlebih dahulu. Tapi, bukanlah hanya untuk sekali sahaja, namun untuk lebih 200 kali gigitan! Ini cerita luar biasa seorang lelaki dari Wisconsin, Amerika Syarikat bernama Tom Friede, yang merelakan dirinya menjadi mangsa gigitan pelbagai

Ia digelar ‘Bone Collector’ lantaran tingkah laku uniknya yang ‘menghias’ sarung luarnya dengan menggunakan bahagian tubuh serangga yang telah mati. Inilah kisah sejenis ulat karnivor yang baru ditemui di Pulau O’ahu, Hawaii. Pada hujung April lalu, para penyelidik di Hawaii telah menemui seekor ulat karnivor yang jarang ditemui dengan tingkah laku yang unik dan mengerikan,

Ini mungkin satu kisah yang dianggap tidak sahih, tapi ia sememangnya wujud dan didiami oleh lebih kurang 450 ribu penduduk. Ini cerita tentang Yanjin, sebuah bandar di pergunungan yang terletak di Wilayah Yunnan, yang dianggap sebagai bandar paling sempit di dunia! Yanjin adalah sebuah bandar yang berada di kawasan pergunungan, yang menjadikannya terkurung di antara

Konsep dewata dalam mitologi Melayu diadaptasi daripada kepercayaan Hindu-Buddha, lalu diterjemahkan ke dalam konteks budaya tempatan. Tapi, tahukah anda, siapa dewata yang dianggap paling berkuasa dalam konsep ini? Terdapat beberapa dewata dalam kepercayaan mitos lama, dan setiap satunya mempunyai peranan tersendiri. Penyusunan hierarki dewata ini adalah berdasarkan buku hikayat atau cerita rakya

Beliau antara guru wanita yang menjadi pelopor serta pendorong kepada pendidikan wanita Melayu pada era 1900-an. Inilah kisah Ibu Zain yang menjadi lambang kegigihan guru yang tidak jemu memandaikan anak bangsanya. Nama sebenar beliau ialah Tan Sri Hajjah Zainun binti Munshi Sulaiman, dan dilahirkan di Kampung Nyalas, Melaka pada 22 Januari 1903. Ketika itu, pendidikan

Salah satu aspek yang menarik dalam mitologi Melayu, yang mungkin agak jarang dirungkaikan adalah tentang kosmologi lama. Berbeza dengan mitologi-mitologi lain yang lazimnya memiliki entiti tunggal yang mencipta kewujudan, kepercayaan kuno Melayu menyatakan bahawa unsur alam memiliki nyawa sendiri dan memiliki kuasa kosmik sendiri. Oleh itu, dasar laut timbul ke permukaan tanpa sesiapa menggerakka

Selain daripada kisah dewata dan makhluk mistik, mitologi Melayu juga banyak mengandungi hikayat serta kisah-kisah individu hebat serta sakti di bumi Melayu suatu ketika dahulu. Dan, antaranya adalah kisah puteri yang menyamar sebagai lelaki ini. Hikayat Panji Semirang adalah antara hikayat popular yang pada dasarnya menceritakan ketabahan seorang puteri yang terpaksa keluar dan menyamar sebagai

Dalam naratif mitologi Melayu, jentayu dan geroda adalah dua burung yang sering menghiasi banyak kisah hikayat. Kedua-duanya ada kekuatan berlawanan dan ada keunikan yang tiada tolok bandingnya. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, diceritakan bahawa geroda melambangkan kekuatan fizikal, manakala jentayu pula melambangkan kekuatan akal. Sifat ini adalah berbeza berbanding mitologi Hindu-Buddha yang se

Sebelum kedatangan Islam, mitologi Melayu dahulu kala banyak dipengaruhi oleh kepercayaan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Mitologi Melayu tidak hanya tertumpu kepada kisah dewa dewi, tetapi turut mencakupi semua lapis alam kerana kewujudan roh dan semangat yang mendiami unsur alam. Salah satu daripada kepercayaan ini adalah Alam Tiga Petala. Apakah yang dimaksudkan dengan Alam Tiga Petala