Ada satu eksperimen yang ingin dijalankan bagi mencari penawar racun ular. Syaratnya seseorang harus merelakan dirinya terkena gigitan ular berbisa itu terlebih dahulu. Tapi, bukanlah hanya untuk sekali sahaja, namun untuk lebih 200 kali gigitan!

Ini cerita luar biasa seorang lelaki dari Wisconsin, Amerika Syarikat bernama Tom Friede, yang merelakan dirinya menjadi mangsa gigitan pelbagai jenis ular berbisa demi merealisasikan penghasilan antidot yang paling berkesan.

Selama lebih dua dekad, bermula tahun 2000, Tom mula merasakan bahawa dia perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan lebih ramai mangsa gigitan ular berbisa. Di Amerika, kes gigitan ular telah membunuh sehingga 140,000 orang setahun dan menyebabkan tiga kali lebih ramai mangsa memerlukan amputasi atau menghadapi hilang upaya kekal.

Jadi, pada tahun itu, Tom nekad untuk mencuba dengan caranya sendiri. Eksperimen peribadinya bermula apabila dia menyuntik dirinya dengan dos kecil bisa ular dan secara beransur-ansur meningkatkan jumlahnya. Beliau juga membiarkan dirinya digigit oleh pelbagai spesies ular berbisa, termasuk kobra, mamba, dan ular derik.

Walau bagaimanapun, dalam satu insiden pada tahun 2001, selepas digigit oleh dua ekor kobra dalam satu malam, beliau mengalami koma selama empat hari. Walaupun menghadapi risiko kesihatan yang serius, termasuk kejutan anafilaksis dan kehilangan kesedaran, Friede meneruskan usahanya demi penawar ini.

Selepas berulang-ulang kali terdedah kepada bisa ular, sistem imun Tom akhirnya dikesan menghasilkan satu antibodi unik yang mampu meneutralkan pelbagai jenis bisa. Ketika inilah, para penyelidik dari syarikat bioteknologi Centivax, yang diketuai oleh Jacob Glanville, mengetahui tentang keadaan Tom.

Mereka telah mengkaji antibodi dalam darah Tom dan mendapati ia berkesan dalam melindungi tikus makmal daripada bisa 19 spesies ular berbisa, termasuk mamba hitam dan kobra raja. Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Cell pada tahun 2025.

Tom bersetuju untuk bekerjasama dengan Centivax kerana ia telah diberi kelulusan etika dan kajian itu hanya akan mengambil darahnya, dan bukan memberinya lebih racun.

Dalam kaedah perubatan biasa, penawar racun ular dihasilkan menggunakan darah haiwan seperti kuda dan hanya berkesan untuk spesies ular tertentu. Pendekatan ini mahal, lambat, dan boleh menyebabkan reaksi alahan.

Namun, antibodi daripada darah Tom menunjukkan potensi untuk menghasilkan penawar sejagat yang berkesan terhadap pelbagai jenis bisa ular, termasuk dari keluarga elapid dan viper. Antidot ini juga dijangka dapat dihasilkan di makmal, mengurangkan risiko reaksi alahan dan meningkatkan ketersediaan di kawasan yang memerlukan.

Meskipun Tom menyatakan bahawa tindakannya adalah demi membantu manusia yang lain, namun pakar menegaskan yang tindakan Tom ini sangat berbahaya dan tidak wajar untuk dicontohi orang lain.

Mungkin, pada perspektif lelaki berusia 57 tahun ini, ia hanyalah satu sumbangan kecil yang ingin dia lakukan demi perkembangan sains serta orang yang pernah menjadi mangsa gigitan ular berbisa. Walaupun dia sendiri berada di ambang maut gara-garanya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.