Bila sebut Vietnam, ramai akan terus bayangkan imej helikopter Amerika, askar gerila Viet Cong dan perang di hutan yang cukup menyeksakan bagi tentera Amerika.
Tapi sebelum semua itu, Vietnam sebenarnya adalah sebuah kerajaan berdaulat yang dipimpin oleh seorang raja. Bukan setahun dua, tapi berabad lamanya.
Jadi, ya. Vietnam memang pernah ada raja.
Dan kisah kejatuhan raja ini berkait rapat dengan kolonialisme Barat dan akhirnya menjadi batu loncatan kepada kemunculan Vietnam moden dalam medan geopolitik Perang Dingin.
[Dinasti Nguyen: Kerajaan Terakhir Vietnam]
Kerajaan terakhir Vietnam dikenali sebagai Dinasti Nguyen. Dinasti Nguyen diasaskan pada tahun 1802 oleh Gia Long. Gia Long ialah seorang pemimpin yang berjaya menyatukan seluruh Vietnam selepas konflik dalaman.
Gia Long mengasaskan ibu negara di Huế dan menerima pengaruh budaya serta sistem pentadbiran dari China. Tapi kerajaan ini juga mula tunduk kepada kuasa luar, terutama Perancis, demi perlindungan politik.
Sejak akhir abad ke-19, Vietnam secara rasmi menjadi tanah jajahan Perancis. Sejak itu, raja-raja Nguyen hanya tinggal sebagai boneka.
[Raja Dalam Bayang-Bayang Penjajah]
Walaupun Dinasti Nguyen masih wujud di atas kertas, kuasa sebenar terletak di tangan pentadbir kolonial Perancis. Raja hanya dipelihara sebagai simbol tradisi bukan sebagai pemimpin sebenar.
Hal ini berterusan sehingga Perang Dunia Kedua, apabila Jepun menyingkirkan Perancis dan menakluk Vietnam. Tapi mereka masih mengekalkan raja Vietnam. Kali ini Raja Bảo Đại dikekalkan untuk melicinkan pentadbiran.
Selepas Jepun kalah, Bảo Đại kembali berkuasa dengan bantuan Perancis. Tapi rakyat Vietnam sudah bosan diperkotak-katik oleh kuasa luar. Kemunculan tokoh revolusi seperti Hồ Chí Minh pula mencetuskan gelombang baru.
[Perang Dingin Bermula: Bảo Đại vs Hồ Chí Minh]
Tahun 1945, Hồ Chí Minh isytiharkan kemerdekaan Vietnam dan menubuhkan Republik Demokratik Vietnam di utara. Kita sedia maklum yang Vietnam Utara berideologi komunis.
Sementara itu, Bảo Đại disokong oleh Perancis dan kemudian Amerika Syarikat untuk menubuhkan State of Vietnam di selatan. Beliau dilantik sebagai Ketua Negara.
Vietnam Selatan ialah satu usaha untuk mencipta Vietnam ‘pro-Barat’ bagi mengimbangi komunisme.
Tapi rakyat tidak yakin dengan Bảo Đại yang dilihat terlalu mesra penjajah dan tidak mempunyai karisma kepimpinan. Tahun 1955, Perdana Menteri Ngô Đình Diệm ambil alih kuasa dan singkirkan Bảo Đại dalam satu referendum.
Maka dengan itu, zaman raja Vietnam pun tamat.
[Raja Yang Tersingkir Dalam Catur Perang Dingin]
Bảo Đại ialah raja terakhir Vietnam. Kisah dia menjadi contoh bagaimana kuasa luar menggunakan simbol tradisi untuk mempertahankan pengaruh dalam dunia yang sedang berubah.
Amerika cuba jadikan beliau alat mengekang pengaruh komunis. Tapi mereka lupa: zaman raja dah berakhir, dan rakyat Vietnam sudah terlalu lama dijajah.
Akhirnya, Perang Vietnam meletus. Bukan antara dua raja, tetapi antara dua ideologi: komunisme dan kapitalisme, dalam medan tempur Perang Dingin yang paling berdarah.
Sebelum menutup bicara, hari ini, kita kenal Vietnam sebagai negara komunis yang kuat berdikari.
Tapi di sebalik sejarah perang dan gerila, ada kisah tentang sebuah dinasti yang pernah memerintah selama lebih 100 tahun.
Tentang seorang raja terakhir yang cuba jadi jambatan antara Timur dan Barat tapi tenggelam dalam ombak geopolitik dunia. Dan itulah hakikat sejarah. Dalam dunia perebutan kuasa, yang lemah akan dilenyapkan, biarpun si lemah itu seorang raja yang pernah berkuasa.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.