Konsep dewata dalam mitologi Melayu diadaptasi daripada kepercayaan Hindu-Buddha, lalu diterjemahkan ke dalam konteks budaya tempatan. Tapi, tahukah anda, siapa dewata yang dianggap paling berkuasa dalam konsep ini?
Terdapat beberapa dewata dalam kepercayaan mitos lama, dan setiap satunya mempunyai peranan tersendiri. Penyusunan hierarki dewata ini adalah berdasarkan buku hikayat atau cerita rakyat yang jelas dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu-Buddha dan animisme.
Hierarki ini membuktikan bahawa tidak semua dewata mempunyai kuasa sakti atau kedudukan yang sama. Mereka memiliki peranan tersendiri dalam mengatur alam semesta dan kehidupan penghuni petala bumi.
Dua dewata yang sering disebut ialah Dewata Mulia Raya dan Batara Guru. Antara keduanya, sering timbul persoalan, siapakah yang lebih berkuasa antara Dewata Mulia Raya dan Batara Guru?
Namun, dalam catatan Hikayat Raja Pasai, ada dinyatakan bahawa Dewata Mulia Raya adalah lebih berkuasa daripada Batara Guru.
Ketua kepada semua dewata di petala langit ialah Dewata Mulia Raya. Jika hendak kita bandingkan dengan mitologi Yunani, Dewata Mulia Raya ini setaraf dengan Zeus yang mengawal dewa dewi di bawahnya.
Dewata Mulia Raya berkuasa ke atas semua makhluk di ketiga-tiga petala. Malah, kuasa sakti yang paling sinonim dengan dewata ialah sumpahan. Khususnya kuasa sakti bagi Dewata Mulia Raya.
Lazimnya, Dewata Mulia Raya memerhatikan penduduk di petala bumi, membela nasib yang ditindas dan memberi pengajaran kepada yang kejam. Sumpahan dewata ini tidak sama dengan tulah akibat pelanggaran pantang larang.
Bagi Batara Guru pula, ia adalah adaptasi langsung daripada kepercayaan Hindu-Buddha yang telah diterjemahkan dan diubah suai agar selari dengan budaya dan kepercayaan tempatan. Berbanding dengan Dewata Mulia Raya, Batara Guru lebih kerap berinteraksi dengan manusia.
Malah, Batara Guru juga digambarkan sebagai dewa yang menyelaras tugas dewa dewi untuk membantu manusia. Maksudnya, jika Dewata Mulia Raya itu raja, maka Batara Guru ini ialah bendahara.
Dalam Hikayat Hang Tuah juga ada dicatatkan Batara Guru sebagai dewa yang mengurniakan kesaktian kepada keris Taming Sari. Batara Guru digunakan untuk menaikkan darjat kepahlawanan Hang Tuah berbanding pahlawan-pahlawan Melayu yang lain.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih