Salah satu aspek yang menarik dalam mitologi Melayu, yang mungkin agak jarang dirungkaikan adalah tentang kosmologi lama. Berbeza dengan mitologi-mitologi lain yang lazimnya memiliki entiti tunggal yang mencipta kewujudan, kepercayaan kuno Melayu menyatakan bahawa unsur alam memiliki nyawa sendiri dan memiliki kuasa kosmik sendiri.

Oleh itu, dasar laut timbul ke permukaan tanpa sesiapa menggerakkannya. Selepas kemasukan pengaruh Hindu-Buddha, dipercayai bahawa penciptaan ini dilakukan oleh Batara Guru, iaitu dewa yang bijaksana.

Alam pada awalnya dikatakan bermula dengan lautan kosmik, iaitu hanya lautan tidak bertepi. Penciptaan dunia didahului dengan elemen air dan daripada air inilah, dunia, daratan (tanah) dan makhluk hidup dicipta oleh kuasa kosmik.

Ini adalah konsep laut purbakala dan kaitan antara laut dengan Melayu ini terus wujud sehinggalah resam Melayu sendiri dikenali sebagai pelaut yang handal.

Jika sudah ada lautan, dan sudah ada daratan, bagaimana pula timbulnya tiang seri petala di dunia?

Tiang seri petala ini sebenarnya bergantung kepada bilangan daratan. Setiap daratan memiliki tiang seri sendiri. Puncak tertinggi daratan itu ialah tiang serinya.

Jika ada gunung yang tinggi, maka gununglah tiang seri petala. Andai pokok yang tinggi, maka pokok itulah tiang seri petala. Tiang seri inilah yang menjadi gapura (gateway) yang menghubungkan ketiga-tiga petala alam.

Namun, disebabkan badai yang berkecamuk di laut purbakala, daratan yang timbul ini saling berlaga, mewujudkan banjaran, lalu bersambung sambung menjadi benua besar. Maka di atas benua itu, bukan hanya wujud satu tiang seri petala. Ia terpisah-pisah oleh banjaran atau belantara panjang.

Contoh yang paling senang untuk kita lihat jika situasi di tanah Malaysia, contoh tiang seri petala adalah seperti Gunung Tahan, Gunung Jerai, Gunung Ledang dan semestinya Gunung Kinabalu.

Kisah Puteri Gunung Ledang itu antara yang membuktikan bahawa Gunung Ledang itu ialah gapura yang menyambungkan alam manusia dengan alam lain.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.