Sebelum kedatangan Islam, mitologi Melayu dahulu kala banyak dipengaruhi oleh kepercayaan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Mitologi Melayu tidak hanya tertumpu kepada kisah dewa dewi, tetapi turut mencakupi semua lapis alam kerana kewujudan roh dan semangat yang mendiami unsur alam.
Salah satu daripada kepercayaan ini adalah Alam Tiga Petala. Apakah yang dimaksudkan dengan Alam Tiga Petala ini?
Berdasarkan catatan-catatan sejarah, didapati bahawa masyarakat Melayu ketika itu percaya bahawa kosmologi alam ini telah menetapkan struktur alam semesta kepada tiga lapisan utama. Tiga lapisan inilah yang dipanggil sebagai Alam Tiga Petala.
Apakah tiga lapisan itu?
Lapisan pertama adalah Petala Langit yang juga dipanggil sebagai ‘Dunia Atas.’ Ia dikatakan menjadi tempat tinggal para dewa dan makhluk-makhluk langit yang lain. Dalam mitologi Melayu, petala langit disebut sebagai alam kayangan.
Petala langit digambarkan sebagai dunia yang memiliki tujuh tingkat. Setiap tingkat didiami oleh dewa dewi mengikut taraf dan status mereka.
Dunia kayangan ini dipercayai memiliki segala kemewahan dan kesempurnaa. Malah, kewujudan kayangan ini juga berperanan penting untuk mengukuhkan keabsahan dan daulat kerabat diraja. Dalam kisah Hikayat Malim Deman sendiri pernah menceritakan kisah Malim Deman yang berjaya menjejakkan kakinya ke kayangan.
Lapisan kedua pula adalah Petala Bumi iaitu dunia tengah yang didiami oleh manusia, haiwan dan makhluk halus yang bersifat baik. Lapisan ini dipercayai memiliki beberapa jenis alam, iaitu alam nyata, alam perantaraan (alam sela) dan alam ghaib yang wujud selari antara satu sama lain.
Petala bumi juga menjadi lokasi tiang seri petala yang menghubungkan ketiga-tiga lapisan alam, melalui gunung, hutan, laut dalam ataupun sungai-sungai (yang dianggap suci dan tempat keramat).
Manakala lapisan terakhir pula adalah dunia bawah tanah yang merujuk kepada lokasi seperti gua di pergunungan atau dasar laut yang paling dalam (termasuklah liang lahad). Dunia bawah tanah digambarkan sebagai alam gelap yang menyeramkan.
Malah, di dunia bawah tanah ini juga dikatakan menjadi asal usul ilmu hitam yang digunakan oleh manusia. Di sini jugalah asalnya makhluk halus jahat dan makhluk mistik yang digeruni manusia.
Kewujudan ketiga-tiga Alam Seri Petala ini adalah asas kepercayaan dan pegangan hidup masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Dan, apabila datangnya Islam menyinari, ia juga terhakis serta-merta dengan pegangan luhur yang dibawa oleh agama Islam ke seluruh tanah ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih