
Istilah Hermeneutik berasal dari perkataan Greek Hermēneuein yang bermaksud menyatakan atau bercakap, menafsirkan atau menjelaskan dan menterjemahkan. Namun, secara umumnya istilah ini telah menjadi suatu bidang ilmu yang berubah dan berkembang. Definisi istilah ini berlaku perselisihan padanya. Pokoknya, ia membahaskan tentang kefahaman manusia terhadap sesuatu teks dan huraian teks itu sendiri.

Kitab al-Aqā’id al-Nasafiah merupakan sebuah karya yang agung, dikarang oleh Imam Najmuddin Abu Hafs Umar al-Nasafi. Ia bertujuan membahaskan pendirian tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah menurut aliran al-Maturidiah yang digagas Imam Abu Mansur al-Maturidi. Kitab ini telah disyarahkan ramai ilmuan Kalam, antaranya Imam Sa’aduddin Mas’ud ibn Umar al-Taftāzānī yang dinamakan Sharh al-Aqa’id al-Nasafiah.

Kita pasti saja pernah mendengar syarahan atau membaca karangan yang menghimpunkan 40 hadith di dalam sesebuah kitab. Yang paling masyhur di telinga kita sudah tentulah Hadith 40 karangan Imam Yahya bin Syaraf al-Nawawi atau masyhur dengan gelaran Imam al-Nawawi rahimahullah. Tetapi adakah hanya kitab Hadith 40 Imam al-Nawawi sahaja yang wujud atau sebenarnya ada juga

Perkataan mantiq berasal daripada Bahasa Arab, dengan kata perbuatan nathoqo (نطق) yang membawa maksud berkata-kata dan berfikir. Ilmu mantiq seperti mana yang telah didefinisikan ilmuan Islam merupakan suatu ilmu merangkumi kanun dan kaedah yang mana dengan kaedah tersebut, akal kita mampu terpelihara daripada tersilap dalam berfikir. Mudahnya ilmu mantiq ini adalah ilmu Logik. Inti pati

Ramadan di Mesir disambut dengan sangat bermakna. Mereka berbahagia kerana apa yang datang bersama Ramadan. Bukan sekadar berpuasa, Ramadan merangkumi rahmat, keampunan, penggandaan ganjaran, dan segala kebaikan. Jiwa mereka tidak terganggu dengan bazaar Ramadan, makanan-makanan yang rare, atau apa saja turutan nafsu. Sebab semua itu tiada di sini. Hati mereka lebih terhanyut untuk membesarkan ert

Dunia menyaksikan kegetiran umat manusia bertarung dalam mengekang penularan wabak pandemik Corona Virus Disease 2019 (Covid-19), yang bakal menjadi suatu coretan sejarah penting dunia masa hadapan sebagai suatu zaman hitam yang memeritkan. Kitalah yang sedang merakam sejarah pahit ini. Organisasi-organisasi Islam dunia turut memainkan peranan yang signifikan sepanjang peristiwa ini berlaku. Di Ma

Seringkali kita mendengar kenyataan-kenyataan yang menafikan autoriti hadith sama ada di dalam mahupun dari luar negara. Siapakah mereka dan apakah yang mereka perjuangkan?. Sebelum membahas perkara tersebut, penting untuk kita tahu terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan hadith dan setinggi mana autoritinya dalam Islam. Jadi, dalam penulisan yang sangat pendek ini marilah kita sama-sama memah

Seperti yang kita tahu, kitab suci yang mempunyai autoriti tertinggi dalam Islam adalah Al-Quran. Tapi tahukah kita, Al-Quran dahulunya bukanlah terus dimushafkan di zaman Rasulullah S.A.W , melainkan telah melalui beberapa fasa utama. Jadi, suka untuk hamba kongsi seringkas mungkin sejarah pengumpulan Al-Quran dari awalnya sehinggalah menjadi sebuah mushaf seperti yang kita lihat dan baca