Dunia menyaksikan kegetiran umat manusia bertarung dalam mengekang penularan wabak pandemik Corona Virus Disease 2019 (Covid-19), yang bakal menjadi suatu coretan sejarah penting dunia masa hadapan sebagai suatu zaman hitam yang memeritkan. Kitalah yang sedang merakam sejarah pahit ini.

Organisasi-organisasi Islam dunia turut memainkan peranan yang signifikan sepanjang peristiwa ini berlaku. Di Malaysia, Ketika mana Covid-19 diisytihar sebagai ancaman negara, Jabatan Mufti mengambil langkah yang terpuji kerana menjadi antara yang terawal bertindak dengan mengeluarkan fatwa keharusan menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di rumah bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Perlis menjadi yang terawal melaksanakan dasar ini dan diikuti seluruh negeri Malaysia setelah Muzakarah Majlis Kebangsaaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mencapai kata sepakat dalam mesyuarat. Keputusan ini diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan barisan Raja-raja Melayu.

Bayangkan kalau arahan awal tak dikeluarkan, dah pasti keadaan jauh lebih buruk daripada sekarang. Seperti yang kita tahu, perkumpulan ramai terkerap yang wujud dalam mana-mana negara Islam adalah solat berjemaah di masjid. Terdapat lima waktu solat dan banyak acara yang dijalankan setiap hari.

Jadi, kalau perkara ini  tak dikekang dari awal lagi, siapa yang berani nafikan ancaman wabak ini akan jadi jauh lebih parah sehingga menjadi di luar kawalan.

Walaubagaimanapun, keputusan ini tetap juga mendapat tentangan daripada sesetengah umat Islam. Media sosial menjadi medan perdebatan hangat mereka. Sebahagian mereka mendakwa penutupan masjid-masjid sebagai suatu perkara yang salah dan berdosa serta mengundang bala Allah S.W.T.

Manakala Sebahagian lain pula cuba menggugat konsep tawakal umat Islam dengan kenyataan seperti “ virus tu makhluk je, buat apa nak takut, sepatutya kita takutkan Allah S.A.W “.

Maka sekali lagi para ilmuan Islam memainkan peranan yang sangat penting. Mereka lantang bersuara dan dikira berjaya menangkis hujah-hujah batil tersebut.

Kenapa tindakan ini dilihat penting ?. Sebabnya, kalau tak dibetulkan kefahaman songsang terhadap konsep tawakal dan ikhtiar ini, akan ramailah umat Islam yang tidak endah dengan arahan kesihatan yang dikeluarkan. Mereka akan “lebih takutkan Allah daripada virus”.

Sementara itu di peringkat antarabangsa, Hai’ah Kibar Ulama al-Azhar al-Syarif, yang berpusat di Mesir yang juga merupakan rujukan bagi kebanyakan institusi Islam dunia telah mengeluarkan fatwa keharusan solat Jumaat dan berjemaah dilaksanakan di rumah masing-masing. Hal ini susulan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Mesir dan dunia. Langkah proaktif ini kemudiannya diikuti oleh lebih kurang 15 negara umat Islam yang lain.

Sepanjang perintah kawalan pergerakan, lafaz azan diarah untuk ditambah dengan seruan menunaikan solat di rumah masing-masing yang berbunyi “sollū fī buyūtikum” atau “sollū fī rihãlikum” yang bermaksud “solatlah kalian di rumah atau tempat masing-masing”.

Institusi gergasi yang dikepalai Syeikh Ahmad Tayyib ini turut menyeru umat Islam agar mematuhi seluruh arahan dan saranan yang dikeluarkan oleh pemimpin negara dan jabatan kesihatan.

Beberapa institusi besar turut sejalar dengan keputusan ini, antaranya Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu yang dikepalai Syeikh Abdullah bin Bayyah, Kesatuan Ulama Syam dan Kementerian Waqaf Hal Ehwal Islam Kuwait.

Sebagai seorang pelajar di Mesir, saya sangat kecewa dan marah kerana walaupun arahan telah dikeluarkan, sebahagian jawatankuasa masjid masih berdegil dan meneruskan solat berjemaah.

Tapi bila fikir balik, tak ada apa nak dihairankan. Rakyat Malaysia yang tinggi toleransi pun masih ada yang berdegil, apatah lagi si penduduk padang pasir. Pihak berkuasa kemudiannya tidak teragak-agak untuk memecat mereka dan mengetatkan lagi pengawasan.

Masjid al-Haram, pusat tumpuan umat Islam mengerjakan umrah terpaksa ditutup sementara waktu bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan yang meyeluruh. Arahan ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Al-Haramain melalui jurcakapnya Hani Haidar.

Yang mengejutkan kita, Masjid Nabawi yang menempatkan maqam Rasulullah S.A.W di Madinah turut ditutup buat pertama kalinya dalam sejarah. Maqam tersebut tidak pernah ditutup sejak kewafatan Baginda S.A.W. Tindakan ini susulan daripada peningkatan kes positif di Arab Saudi yang telah mencecah lebih kurang 300 orang.

Tindakan-tindakan ini pastinya berlandaskan dalil-dalil syarak yang kukuh daripada sumber-sumber yang kukuh. Perlu perbahasan yang lain pula tentang perkara itu. Maka tak perlu kita persoalkan keputusan yang disepakati majoriti ulama dunia.

Semua tindakan yang diambil ini saya lihat akan membina suatu persepsi baru dunia terhadap Islam. Dah tentu persepsi positif.

Islam akan dilihat sebagai agama yang meraikan segala macam situasi dan keadaan, ada kelonggaran dan toleransi, ada tatacara yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan dan tidak dilihat terpisah dari urusan dunia penganutnya. Sungguh semua yang berlaku itu ada hikmah. Semoga cepat berakhir ujian ini.

RUJUKAN:

  1. Bernama, (2020, 20 Mac). Arab Saudi Larang Berhimpun, Solat di Kawasan Dataran Masjidil Haram Makkah, Madinah. http://www.astroawani.com/berita-dunia/arab-saudi-larang-berhimpun-solat-di-kawasan-dataran-masjidil-haram-makkah-madinah-234455
  2. Bernama, (2020, 18 Mac). Covid-19: Al-Azhar Keluar Fatwa Harus Tangguh Solat Jumaat. https://www.sinarharian.com.my/article/74057/KHAS/Koronavirus/Covid-19-Al-Azhar-keluar-fatwa-harus-tangguh-solat-Jumaat
  3. Naquiddin, W.A. (2020, Mac 17). Bayan Linnas Siri Ke-225 : Covid-19: Fatwa-Fatwa Terkini Berkaitan Penangguhan Solat Jumaat dan Solat Berjemaah. https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/4338-bayan-linnas-siri-ke-225-covid-19-fatwa-fatwa-terkini-berkaitan-penangguhan-solat-jumaat-dan-solat-berjemaah

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Fateh bin Abdul Shukor. Pelajar Usuluddin di Universiti Al-Azhar. Mempercayai ilmu sebagai teras tamadun, bahasa dan penulisan sebagai penghubung.

Comments are closed.