Kalau korang pernah layan wayang Interstellar (2014), korang mesti pernah lihat babak di mana Joseph Cooper tiba di sebuah dimensi bernama ‘Tesseract’ setelah ditelan oleh lohong hitam bernama Gargantua.

 

Kehadiran dimensi yang luar biasa di dalam lohong hitam membuatkan kita terfikir, wujudkah dimensi macam tu dalam realiti?

 

Pertama sekali, kita harus faham dulu dimensi dunia yang kita berada sekarang. Kita sebenarnya wujud di dunia yang mempunyai empat dimensi iaitu tiga dimensi ruang dan satu dimensi masa.

 

 

Tiga dimensi ruang adalah ruang di mana kita boleh bergerak ke atas, bawah, depan, belakang, kiri, dan kanan. Dengan adanya dimensi ruang ini kita oboleh ke mana-manaa saja, membesar, dan meninggi. Objek-objek lain juga boleh dibesarkan, dipanjangkan, dan diletakkan ke mana-mana saja.

 

Walaupun kita bebas dalam tiga dimensi ruang, tapi kita hanya terbatas dengan satu dimensi masa. Maksud satu dimensi masa ini ialah kita hanya boleh ke depan sebaris dengan pergerakan masa. Macam korang tengah baca trivia ini, korang boleh baca semula ke belakang tapi masa tetap berjalan, tidak akan berundur mengikut kehendak manusia.

 

Bagaimana kalau kita berada di dimensi ruang dan masa lebih tinggi, seperti lima dimensi? Apabila kita berada dimensi yang tinggi, kita semakin bebas. Bukan saja bebas dari segi dimensi ruang, malah bebas dari segi dimensi masa.

 

Kalau nak undur ke kehidupan korang yang lepas, boleh undur dengan mudah. Begitu juga kalau korang nak tahu macam mana dunia masa depan, korang boleh anjak ke depan dari masa sekarang. Maka, kita bebas dalam bentuk ruang dan masa jika berada di dimensi lagi tinggi.

 

 

Begitulah apa yang Copper rasa apabila berada dalam dimensi Tesseract. Dengan ciri lima dimensi, Copper boleh mengundur dan maju ke hadapan kehidupannya seperti melihat klip video. Berkemungkinan lohong hitam yang menyedut Copper bersambung ke dimensi tinggi seperti Tesseract ini.

 

Jadi, wujudkah dimensi tinggi seperti lima dimensi ini? Saintis sukar nak buktikannya. Nak masuk ke lohong hitam pun kita akan menjadi spaghetti macam yang mendiang Stephen Hawking bayangkan. Kalau wujud dimensi tinggi pun kita tidak akan faham rupanya, kena masuk ke dalamnya juga baru dapat merasa ‘keanehan’ dimensi ni.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply