Pernah tak korang pergi ke tandas awam, terus korang perasan yang korang pernah pergi ke tandas tu pada masa yang dulu, walaupun pergi pertama kali? Ya, tak silap lagi itulah deja vu, perasaan pelik yang menyerang ketika melakukan aktiviti harian. Nama ‘deja vu’ sebenarnya bermaksud ‘telah dilihat’ dari bahasa Perancis.

 

Sebenarnya, perasaan seram dan teruja semasa melakukan aktiviti harian adalah perasaan yang biasa berlaku kepada individu yang sihat. Hampir 70% individu sihat yang mengalami deja vu.

 

Sampaikan deja vu dijadikan sebagai elemen dalam pembikinan wayang sci-fi seperti Matrix lakonan Keanu Reeves, di mana dia mengalami deja vu apabila dunia simulasi mengalami ‘glitch’ atau sangkut.

 

 

 

Ada sebab sebenarnya kenapa kita secara tiba-tiba diserang deja vu ini. Sebab yang utama ialah kepenatan. Biasanya mereka yang melakukan kerja atau aktiviti yang berat, tidak kira menggunakan otak (seperti menyambung pengajian) atau fizikal badan, akan mengalami tekanan. Apabila melakukan kerja ketika masih tekanan, perasaan deja vu akan muncul.

 

Jadi, deja vu adalah perasaan yang biasa terjadi bagi mereka yang injak di alam dewasa. Tapi, kalau kerap deja vu macam mana pula? Berkemungkinan besar berkaitan masalah mental.

 

Pertama, sawan. Terdapat bahagian otak yang terjejas apabila sawan. Bahagian otak terjejas itu ialah lobus temporal, iaitu kawasan otak yang menyimpan memori dan ingatan. Kalau terjejas, pesakit akan mengalami deja vu yang kerap.

 

Pesakit demensia juga mengalami deja vu yang kerap. Demensia adalah sejenis gangguan yang menyebabkan pesakit mengalami masalah membuat pilihan dan mengingat.

 

 

Pesakit ini tidak dapat menbezakan ilusi dan dunia sebenar apabila mengalami deja vu. Biasanya berlaku banyak kali dalam sebulan. Paling teruk, pesakit pengsan atau takut selepas alami deja vu.

 

Kalau korang alami deja vu begitu kerap, pergi jumpa doktor dengan segera. Bagi korang yang sihat tapi pernah mengalami deja vu hari ini, lebih baik rehat sekejap sebelum sambung buat aktiviti harian.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply