Mustahil korang tak kenal Stephen Chow kalau pernah layan wayang Shaolin Soccer ni! Bagi saya, Stephen Chow ni ialah pengarah filem yang genius dalam menyampaikan sesuatu cerita serta kreatif dalam penghasilan cerita lawak. Mari kita ketahui lebih lanjut tentang pelakon dan pengarah berasal dari Hong Kong ini!

 

Stephen Chow ialah anak jati Hong Kong yang lahir pada 22 Jun 1962. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik iaitu kakak bernama Chow Man-kei (周文姬) dan seorang adik perempuan bernama Chow Sing-ha (周星霞).

 

 

Nama sebenarnya iaitu Chow Sing-chi (周星馳) agak unik kerana nama ‘Sing-chi’ berasal dari puisi dalam manuskrip Preface to the Prince of Teng’s Pavilion yang ditulis oleh pemuisi bernama Wang Bo semasa era dinasti Tang (618-907). Dari pemberian nama ini kita boleh nampak yang ibubapa Chow begitu minat dengan sejarah.

 

Selepas ibubapanya bercerai pada usianya tujuh tahun, Chow dijaga oleh ibunya. Semasa berumur sembilan tahun, barulah Chow berminat untuk menceburui dunia perfileman selepas menonton wayang lakonan Bruce Lee berjudul The Big Boss. Untuk mencapai impiannya sebagai pelakon, beliau menyertai kelas lakonon TVB pada tahun 1982.

 

Pada awal kerjaya, Chow menjadi pengacara dalam program kanak-kanak bejudul 430 Space Shuttle yang disiarkan oleh TVB Jade. Di sini beliau menjadi perhatian ramai kerana karismanya dalam mengacara. Pada tahun 1988, Chow memulakan lakonan pertama dalam filem Final Justice, dan tak sangka beliau memenangi anugerah sebagai pelakon sampingan terbaik dalam Golden Horse Awards pada tahun yang sama.

 

Pada tahun seterusnya, Chow mendapat watak utama dalam filem The Final Combat. Dari filem inilah Chow menjadi bintang pelakon aksi dan lawak yang dikenali ramai. Bukan setakat Hong Kong, Chow juga menjadi bintang kegemaran peminat China sampai wujudnya fenomena Stephen Chow pada penghujung 1990-an!

 

 

Banyak filem arahan Chow tapi dua filem ini menjadikan beliau dikenali sebagai seorang pengarah genius: Shoalin Soccer (2001) dan Kung Fu Huslte (2004). Kedua-dua filem ini mendapat kutipan paling tertinggi di seluruh dunia, sampai Chow sendiri mendapat anugerah pelakon terbaik, pengarah terbaik, dan lebih 40 anugerah lain dari negara sendiri dan luar negara!

 

Sehingga Pelawak Amerika terkenal pada waktu itu ialah Bill Murray memuji filem Chow iaitu Kung Fu Hustle yang menjadi puncak dalam penghasilan filem lawak!

 

Filem CJ7 arahan Stephen Chow juga boleh tahan hebat. Bukan saja menjadi filem popular dalam China, malah mendapat kutipan tertinggi dalam Malaysia! Ramai juga antara kita yang suka menonton CJ7!

 

Sekarang, Chow hanya mengarah filem bikinan sendiri, tidak lagi berlakon. Filem terkininya iaitu The Mermaid (2016) menjadi filem dengan kutipan tertinggi di seluruh China! Filem ini juga mendapat kutipan sebanyak USD553.81 juta di seluruh dunia! Sekali lagi Chow menambat hati peminat seluruh dunia dengan pembikinan filemnya. Harap Chow teruskan buat filem-filem lawak bertaraf antarabangsa!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply