Universiti Al-Azhar merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang sangat disegani oleh dunia Islam keseluruhannya. Universiti ini juga telah melahirkan sekian banyaknya cendiakawan dan para ulama serta alim dalam pelbagai bidang ilmuan. Tetapi, tahukah anda sebenarnya universiti ini pernah ditutup seketika bagi mengekang penyebaran Syiah di Mesir.
Kita imbas kembali sejarah Mesir. Usai kejatuhan kerajaan Umaiyyah ke tangan kerajaan Abasiyyah pada ketika itu. Abu Abbas As-Saffah kemudiannya menyingkirkan penyokong Syiah dari kerajaan yang sebenarnya telah bersama sama membantu bagi menyingkirkan kerajaan Umayyah.
Tindakan Abu Abbas ini telah menyebabkan pendokong Syiah ini mulai berpaling tadah dan mulai membentuk kerajaan tersendiri. Mereka ini kemudiannya menakluk Mesir dan menjadikannya sebagai negara mereka yang dikenal sebagai Kerajaan Fatimiyyah.
Di Mesir inilah, Kerajaan Fatimiyyah mulai membangun Universiti ini sebagai gedung Ilmu bagi menyaingi Bayt-Hikmah di Baghdad. Hal ini didorong lagi dengan minat Khalifah Fatimiyyah terhadap bidang Ilmu merancakkan lagi budaya Ilmu di Mesir dan Al-Azhar. Namun, pegangan mazhab mereka kekal dengan pegangan Syiah.
Pada penghujung kerajaan Fatimiyyah, Mesir mulai terjebak dalam krisis kepimpinan. Kerajaan Fatimiyyah kemudiannya meminta bantuan dari Kerajaan Zanki bagi menyingkirkan pasukan Salib dari Mesir. Sultan Nuruddin Mahmud Zanki kemudiannya mengirim Salahuddin Al-Ayyubi dan Asaduddin Shirkuh bagi membantu kerajaan Fatimiyyah.
Kemasukan kerajaan Zanki ke Mesir inilah menjadi titik awal bagaimana Mesir dikembalikan dari pegangan Syiah ke Ahlu Sunnah Wal Jamaah semula. Salahuddin Al-Ayyubi kemudiannya telah mendapat kuasanya dalam pemerintahan di Mesir dan segera menutup Al-Azhar sementara bagi menghentikan penyebaran dakyah Syiah di Mesir.
Salahuddin kemudiannya merestorasi pentadbiran dan pendidikan di Al-Azhar menjadi sebuah sistem pembelajaran berpusat Kolej dan Universiti dan menubuhkan kelas kelas di luar dari Masjid Al-Azhar. Seterusnya, Salahuddin Al-Ayyubi telah merestorasi silibus pembelajaran yang sebelum ini daripada Syiah kepada Mazhab Syafie yang berpegang kepada Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
Impak daripada jasa Salahuddin Al-Ayyubi ini, Universiti Al-Azhar kemudiannya terus berkembang dan maju dalam bidang keilmuan bahkan sehingga ke hari ini, graduan Al-Azhar telah berjasa bukan sahaja dalam bidang Agama malahan dalam pelbagai sudut bidang keilmuan.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.