Kereta api merupakan sebuah pengangkutan yang dapat menghubungkan antara dua tempat dalam masa yang singkat. Tidak terhad kepada itu, kereta api juga boleh berperanan sebagai penggerak kepada ekonomi sesebuah negara. Dan hal ini, telah diambil maklum ramai pemerintah dunia pada masa era tersebut. Justeru, timbul satu idea dari Sultan Abdul Hamid II bagi menenggelamkan penguasaan ekonomi British di rantau Arab pada ketika itu.
British telah bertapak di Mesir semenjak awal 1800-an lagi. Penguasaan British ini terletak kepada penguasaan ekonominya di Mesir pada ketika itu. Mesir mempunyai sebuah “canal” atau terusan yang dapat memotong masa pelayar dari mengelilingi benua Afrika dan hanya perlu melalui laut Merah sahaja bagi tiba di Lautan Hindi.
Justeru itu, British telah mengaut hasil dari kutipan cukainya di pintu masuk Terusan Suez (Port Said) dan menjana pendapatan ekonominya di sana. Hal ini telah lama diperhatikan oleh penguasa Uthmaniyyah yang berkuasa di seberang Terusan Suez pada ketika itu.
Sultan Abdul Hamid II kemudiannya merangka sebuah rencana bagi memotong ekonomi British di Suez ini. Sultan Abdul Hamid II mencadangkan agar dibina sebuah rel kereta api dari Laut Mediterranean, kemudiannya disambungkan ke Teluk Aqabah. Dengan ini, rel kereta api ini menjadi alternatif dan menjadi “Land Bridge” (Jambatan Darat) bagi kapal kapal kargo dan perdagangan dari melalui Terusan Suez.
Sebenarnya, Kereta Api Hejaz ini juga merupakan sebahagian dari kerangka rancangan pembangunan ekonomi Uthmaniyyah dan perhubungan antara jajahan dan pusat. Rel Kereta Api ini dijangka akan menghubungkan Payitaht (Istanbul), Anadolu (Anatolia), Sam (Syam), Damsyik, Filistin, Aqabah, Hejjaz, Madinah, dan berakhir di Makkah.
Kemudiannya rel ini disambung dengan rel kereta api Baghdad yang menghubungkan koridor timur Kerajaan Uthmaniyyah di Iraq. Kesan daripada pembinaan rel ini, Kerajaan Uthmaniyyah dapat menyalurkan logistik dan perhubungan antara daerah yang jauh ini berjaya disingkatkan.
Akhirnya, rancangan rel ini kemudiannya tergendala akibat tercetusnya pemberontakan oleh Puak Kebangkitan Arab yang menentang penguasaan menyeluruh Uthmaniyyah atas tanah mereka dan akhirnya, projek rel Kereta Api Hijjaz ini terhenti sebelum Perang Dunia Pertama.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.