Menjelang tahun 1900 merupakan tahun tahun akhir bagi Kerajaan Uthmaniyyah. Kerajaan ini dilanda dengan hutang yang terlalu banyak. Ditambah dengan pemberontakan dalam dan luar negara. Ekonomi negara yang tidak stabil dan keadaan negara yang huru hara menyebabkan Empayar ini sedang mengira hari untuk kejatuhannya. Di sisi lain, negara negara bahagian dalam Uthmaniyyah turut mengisytiharkan kemerdekaannya dan telah memberi impak kepada ekonomi dan hasil dalam negara Uthmaniyyah.
Ketika inilah datang seorang lelaki yang bercita cita besar untuk melunaskan hutang dan membangunkan negara Uthmaniyyah ini. Namun, setiap sesuatu mempunyai harganya dan perkara inilah yang memotivasikan dirinya untuk menawarkan hal ini kepada pemerintah Uthmaniyyah pada ketika itu, Sultan Abdulhamid II.
Duyun Umumiye (Bahagian Hutang Umum Uthmaniyyah) pada ketika itu melaporkan terdapat beberapa perkara dan aset dalam negara dalam negara terpaksa dicagarkan bagi membolehkan hutang Uthmaniyyah ini dapat dilangsaikan. Justeru itu, penawaran yang dibuat ini memungkinkan sebahagian cagaran kerajaan ini dapat dikembalikan kepada kerajaan seterusnya membangunkan semula ekonomi Uthmaniyyah.
Perkara inilah yang difikirkan oleh seorang pemikir Zionis pertama iaitu Theodore Herzl. Menerusi Konvensyen Basel (1897), Theodore Herzl telah menyuarakan pendapatnya ini bagi mendapatkan “homeland” atau tanah air bagi marga Yahudi Eropah pada ketika itu.
Hal ini kemudiannya dibawa oleh Theodore Herzl ke hadapan Sultan. Permintaannya mudah, bagi kami tanah di Filistin dan kami bantu ekonomi Uthmaniyyah. Tidak cukup dengan itu, kami bangunkan sebuah universiti di atasnamakan Institusi Pengajian Tinggi milik kerajaan yang bakal dinamai Universiti Uthmaniyyah.
Sebuah tawaran yang sangat lumayan buat Uthmaniyyah dan imbalan yang sangat sedikit bagi Theodore. Namun, inilah dia jiwa seorang Sultan yang merasakan amanah adalah lebih penting dari segalanya.
Sultan Abdulhamid II menolak dengan keras tawaran ini bahkan menghalau Theodore Herzl dengan pelawaannya ini. Dengan tegas Sultan Abdulhamid II menyatakan bahawa tanah ini merupakan milik Umat Islam dan mereka akan berjuang bermati-matian demi mempertahankannya daripada dinodai oleh orang orang Kuffar.
Mendegar hal ini, nyatalah tiada jalan lain bagi Theodore Herzl untuk mendapatkan tanah ini melainkan menunggu kejatuhan empayar ini dan meminta pula kepada suaka yang baharu iaitu British.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.