Setelah usai Perang Salib Ketiga yang disudahi dengan perjanjian damai antara dua pemimpin utama pada ketika itu yakni Salahuddin Ayyubi dan Richard Lionheart. Keadaan tanah Arab kembali aman seketika. Namun, keamanan ini tetap tidak memuaskan hati pihak Eropah kerana mereka masih gagal untuk menakluk kembali Al-Quds daripada kekuasaan Kerajaan Ayyubid.
Pope Innocent III, telah mengisytiharkan perang Salib yang Keempat dengan misi menakluk semula Al-Quds daripada kekuasaan pasukan Islam. Pasukan Salib ini kemudiannya mara dari Eropah melalui kota kota Kristian di Eropah. Antaranya Zadar (bawah jajahan Venetian). Pasukan Salib terkenal semenjak dari siri Perand Salib Pertama membuat onar dan orang tempatan tidak tenteram.
Justeru, Pasukan Salib telah melakukan penjarahan yang dahsyat terhadap kota ini. Dan Kota ini milik Kristian Katolik yang sama seperti mereka! Pope Innocent III mengeluarkan kenyataan kepada pasukan Salib agar tidak menyerang kota Salib. Namun, mereka terlalu ramai dan hal ini menjadi masalah untuk menampung mereka semua.
Kemuncaknya, pasukan Salib meneruskan perjalanan mereka dan tiba di Konstantinopel.
Perkara yang sama dilakukan seperti di Zadar. Mereka kemudiannya menakluk dan menjarah Kota Konstantinopel. Tidak sekadar itu, mereka mengambil alih kota itu daripada pemerintahan Rom pada ketika itu. Usai itu, Kota Konstantinopel kemudiannya jatuh ke tangan Pasukan Salib.
Maka, dengan jatuhnya Kota Konstantinopel ini berakhir Perang Salib Keempat yang jelas “salah target” dari matlamat asalnya iaitu Al-Quds dan Jurusalem.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.