Pada tahun 1187 Masihi, pasukan Mesir dibawah pimpinan Sultan Salahuddin Ayyubi telah berjaya menakluk Jurusalem setelah puluhan tahun lamanya dibawah kekuasaan pasukan Salib. Sultan Salahuddin Al-Ayyubi telah menakluk Al-Quds dan melakukan restorasi terhadap pembangunan kota Jurusalem ini dan mengubah struktur Masjid AL-Aqsa yang sebelum ini telah diubah menjadi gereja kepada Masjid semula.
Kejayaan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi ini dibantu juga dengan penguasaan baginda terhadap beberapa kerajaan kerajaan kecil di sekitar baginda. Malahan. hampir kesemua kerajaan di sekitar Jurusalem telah tunduk dan bersetia kepada baginda. Hal ini telah menjadikan kerajaan Ayyubiyah sebagai satu satunya penguasa yang tunggal di rantau Arab.
Hal ini semestinya tidak disukai oleh penguasa Eropah yang berdendam akibat kekalahan mereka sewaktu Perang Salib Kedua dahulu. Rancangan baharu di atur bagi menewaskan adikuasa Salahuddin Al-Ayyubi ini! Richard The Lionheart (Richard I of England), Frederick Barbarossa, dan Philip II kini bersepakat agar Salahuddin mesti ditewaskan dan Jurusalem mesti ditawan kembali.
Salahuddin Al-Ayyubi kemudiannya mengetahui akan hal ini segera membentuk koalisinya tersendiri bagi menghadang kemaraan pasukan Salib ini. Salahuddin Al-Ayyubi kemudiannya membentuk koalisi dengan dua kerajaan yang saling bermusuhan iaitu Kerajaan Seljuk Anatolia dan Kerajaan Rom Byzantine. Sultan Kilic Arslan II dan Emperor Isaac II Angelos telah berjanji kepada Salahuddin agar mereka berhasrat untuk menewaskan pasukan ini.
Namun, badai pasukan Salib ini tetap tidak mampu dihalang oleh dua kerajaan ini. Pasukan Salib ini kemudiannya tiba di Tanah Arab. Sultan Salahuddin Al-Ayyubi masih memikirkan apa jalan terbaik bagi melambatkan pergerakan Salahuddin Ayyubi ini. Baginda kemudiannya berfikir, kalau baginda membebaskan Raja Jurusalem dahulu (Guy Lusignan) pasti akan adanya konflik kepimpinan antara Raja Eropah dan Raja Jurusalem.
Salahuddin Ayyubi membebaskan Guy Lusignan. Namun, sangkaan baginda meleset ternyata tiada apa yang berlaku bahkan mereka bergabung menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya. Pasukan Salib ini kemudiannya mara ke arah kota Acre. Selama dua tahun lamanya kota ini dikepung. Akhirnya, kota ini jatuh ke tangan pasukan Salib yang dibawah pimpinan Richard I.
Hal ini menyebabkan pasukan Salahuddin terpaksa berundur dan mengorak langkah bagi menghindari serangan pasukan Salib yang seterusnya. Richard I kemudiannya marake arah Jaffa. Di kota ini, sekali lagi Salahuddin ditewaskan dalam pertempuran Arsuf. Pada ketika ini, barulah Salahuddin Ayyubi bertemu buku dan ruasnya dalam pertempuran.
Richard I kemudiannya mara ke arah Jurusalem. Salahuddin mengambil langkah membumi hanguskan kota kota di sekitar Jurusalem bagi melambatkan pergerakan Richard I ke Jurusalem. Kota Asqalan dimusnahkan bagi menghindari kemaraan pasukan Salib.
Kini, pasukan Salib telah bersedia untuk menakluk Jurusalem semula. Tiba tiba datang sebuah berita yang menyebabkan kesemua panglima Salib terpinga pinga. England kini telah ditakluk oleh Perancis! Konflik takhta di England telah menyebabkan langkah mereka di sini terbantut. Tiada pilihan lain, maka Richard kemudiannya memetrai perjanjian damai bersama Salahuddin Ayyubi bagi menyuraikan perang ini.
Maka, tamatlah perang Salib Ketiga ini dengan keputusan akhir kemenangan penuh kepada Salahuddin Al-Ayyubi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.