Kerajaan Rom Timur telah menerima tamparan yang hebat setelah mereka ditewaskan oleh pasukan Islam dalam pertempuran Yarmuk. Bagi mereka, bangsa yang mereka injak dan hinakan selama ini telah pun berjaya menewaskan dan menghinakan mereka sehinanya. Justeru, pemerintah Rom pada ketika itu kemudiannya berusaha mengembalikan nama baik kerajaannya dengan menghadang kemaraan pasukan Islam untuk tiba di Jurusalem.
Perihal ini sampai ke pengetahuan panglima Islam, Abu Ubaydah Al-Jarrah. Beliau kemudiannya mengirim Amru Al-As bagi memimpin pasukan ini. Tantangan mereka ialah Artabanus (Arthabun). Dikatakan Artabun ini sangat licik orangnya dan mampu menewaskan musuhnya dengan kelicikannya.
Tuntas, Amru Al-As juga merupakan panglima yang licik dalam membuat perjanjian maka bertemulah buku dan ruas antara dua panglima ini. Artabun merancang untuk membunuh Amru Al-As dengan harapan dapat menewaskan pasukan Arab dalam sekelip mata.
Taktik ini dapat dihidu oleh Amru Al-As. Amru Al-As kemudiannya menyamar sebagai utusan Khalifah Umar dan membaca tuntutannya di hadapan Artabun. Artabun kemudiannya mengesyaki bahawa di hadapannya ini adalah Amru Al-As dan berhasrat ingin membunuhnya.
Amru Al-As kemudiannya mengetahui hal ini segera menamatkan pembacaan warkah Khalifah Umar dan berkata, “Aku ingin keluar bersama pasukanku dari Madinah.” Maka, bagi Artabun sangkaannya meleset kerana dihadapannya bukan Amru Al-As tetapi pasukan dari Madinah.
Maka, Artabun melepaskan mereka. Seraya itu, Amru Al-As memacu kudanya dan mengarahkan pasukan Islam agar mara ke arah pasukan Rom. Serangan bertubi tubi diancarkan ke atas pasukan Rom dan akhirnya pasukan Rom ditewaskan oleh pasukan Islam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.