سُبْحٰنَ الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ ۝١
Mahasuci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah Al-Isra’: 1).
Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu peristiwa yang sangat penting dalam Islam. Peristiwa ini telah menjadi saksi bagaimana Rasulullah SAW menerima perintah Solat daripada Allah SWT. Di waktu Israk Mikraj ini jugalah kita dapat lihat signifikan dan kepentingan Masjid Al-Aqsa buat umat Islam keseluruhannya.
Masjid Al-Aqsa telah mejadi tempat Israknya Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram. Dari Masjid Al-Aqsa baginda kemudiannya Di Mikrajkan ke Sidratul Muntaha. Beberapa Ibrah agung yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini sebelum dan usai peristiwa Israk Mikraj ini.
[Sentiasa Mengimani Rasulullah ketika Ramai atau Sedikit]
Kita dapat melihat Imannya Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq apabila kaum Musyrikin Quraish telah memperlekehkan berita yang dibawa oleh Rasulullah SAW ini. Mereka merendah-rendahkan bahkan menyatakan bahawa Rasulullah ini menipu semata mata.
Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq tampil ke hadapan dan menyatakan bahawa beliau mengimani Rasulullah SAW di hadapan khalayak ramai yang menentang Baginda SAW. Inilah dia Iman Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun di tentang, tetapi beliau tetap dengan pendiriannya menegakkan dan membela Rasulullah SAW.
[Sentiasa Membuktikan Kebenaran]
Kafir Quraish sememangnya tidak mengimani setiap yang diucapkan oleh Rasulullah SAW. Namun, kali ini mereka lebih lagi menghina Rasulullah SAW bahkan mempersendakan perjalanan baginda ini. Justeru, mereka meminta bukti akan perjalanan baginda ini.
Rasulullah SAW tidak gentar akan tantangan ini bahkan menyahut dengan berani tantangan kaum Musyrikin Makkah ini bagi membuktikan bahawa baginda di jalan kebenaran. Pihak Musyrikin menanyakan tentang lebih “detail” binaan Masjid Al-Aqsa dan persekitarannya. Rasulullah SAW menjawab dengan baik dan sangat teliti baik bilangan tiangnya, tingkapnya dan suasananya. Semua dijawab Baginda adalah tepat.
Hal ini, sekaligus membuktikan bahawa Baginda SAW, sememangnya melakukan peristiwa Israk dan Mikraj ini dan seterusnya mematahkan hinaan Kafir Quraish ke atas baginda SAW.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.