Pada tahun 1299, Al-Kamil dengan tiba tiba telah menyerahkan penguasaan Al-Quds kepada Frederick II. Anda tidak salah membacanya. Al-Kamil, cucu kepada Salahuddin Ayyubi menyerahkan Al-Quds. Tetapi, mengapa? Pada tahun 1187, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi telah menakluk Al-Quds dan menandakan bermulanya Empayar Ayyubiyah di Syam. Pemerintahan bergulir sehinggalah ke pemerintahan Al-Malik al-Kamil Nasir ad-Din Muhammad (1177 – 1238 M).

 

Pada tahun ini, Al-Kamil telah mendapat tentangan yang hebat daripada pasukan Salib dari Eropah sehingga baginda tewas dalam beberapa siri pertempuran dengan pasukan Salib. Pada ketika inilah, Sultan Al-Kamil berfikiran apakah cara terbaik bagi menghalang kemaraan pasukan Salib. Pada awalnya, Al-Kamil berjaya menewaskan pasukan Salib pada peringkat awal. Namun, kebangkitan pemberontakan dan pelbagai serangan menyebabkan Al-Kamil tidak menang tangan untuk menangani kesemua serangan ini.

 

Pasukan Salib kemudiannya mengepung Dumyat dan menakluknya. Usai Dumyat, Pasukan Salib kemudiannya mara ke arah Kaherah, Ibu Kota Mesir. Al-Kamil kemudiannya melepaskan air empangan bagi membanjiri kem tentera Salib sehingga mereka terpaksa berundur dari Kota Kaherah. Serangan demi serangan ini membuatkan Al-Kamil memikirkan sebuah jalan bagi menangani pasukan Salib ini.

Akhirnya, Al-Kamil mendapatkan satu idea yang bakal membuatkan dirinya dicemuh oleh masyarakat Islam pada ketika itu. Al-Kamil kemudiannya menyerahkan penguasaan Jurusalem kepada Frederick II, untuk mentadbir Jurusalem dan bentengnya masuh dibawah kawalan pasukan Ayyubiyah.
Tindakan Al-Kamil ini telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam pada ketika itu dengan menyatakan bahawa Al-Kamil merupakan seorang pengkhianat amanah nendanya.
Namun, dari segi yang lain. Tindakan Al-Kamil ini adalah untuk menjaga kestabilan sosial di rantau Arab ini bagi mengelakkan tercetusnya Perang Salib yang seterusnya. Akhirnya, kerajaan Ayyubiyah terjebak dalam kancah Perang Saudara antara anak Al-Kamil yang tidak bersetuju dengan tindakan ayahandanya dan kemudiannya Al-Kamil digulingkan dari takhtanya.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.