Seperti apa kita ketahui, Gunung Everest diisytiharkan sebagai gunung tertinggi dunia dengan ketinggian 8,849 meter. Tapi, baru-baru ini saintis temui dua buah gunung yang mampu tenggelamkan kepopulariti Gunung Everest!

 

Dua buah gunung yang ditemui itu sebenarnya tidak terletak di permukaan Bumi, tapi di bawah lapisan kerak Bumi sedalam 2,000 kilometer (km), lebih tepat di bahagian atas lapisan mantel.

 

Kedua-dua gunung ini terletak di dalam benua Afrika dan Lautan Pasifik dengan masing-masing mempunyai anggaran setinggi 1,000 kilometer, 100 kali ganda tinggi dari Gunung Everest! Bagaimana saintis boleh jumpa gunung maha tinggi ini?

 

Ahli seismilogi (kaji gempa Bumi) bernama Arwen Deus dari Utrecht University, Belanda ialah pengkaji yang menemui dua buah gunung tertinggi itu. Menurut beliau, gunung-gunung itu ditimbus oleh lapisan batu yang ditenggalamkan oleh aktiviti lapisan kerak Bumi.

 

Beberapa tahun lepas, para saintis telah temui lapisan mantel benua Afrika dan Lautan Pasifik yang mempunyai gelombang seismik yang perlahan selepas gempa Bumi. Rupa-rupanya, mereka temui dua buah gunung bawah tanah yang memperlahankan gelombang seismik.

 

Deus mempercayai dua buah gunung itu berupa ‘large low-seismic-velocity provinces’ atau LLSVP, iaitu sejenis gunung bawah tanah bersuhu panas yang kandungannya terdiri dari cantuman batu-batuan bersaiz besar.

 

 

Beliau sendiri tidak tahu bagaimana pembentukan dua buah gunung ini terjadi, atau sama ada pembentukan ini sementara atau telah lama kekal selama berjuta-juta tahun.

 

Deus juga percaya bahawa dua gunung bawah tanah ini sebenarnya lebih tua dari Gunung Everest, malah tidak mustahil gunung-gunung ini telah ‘lahir’ sejak awal pembentukan Bumi!

 

Kewujudan dua buah gunung tertinggi ini mencerahkan kita bahawa banyak lagi khazanah-khazanah dalam perut Bumi yang masih lagi kita tidak ketahui, sekaligus mengingati kebesaran Tuhan yang menciptakan Bumi dan seluruh alam semesta!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.