Di barat daya Turki berdekatan lembah Sungai Menderes, terdapat teresan kolam semula jadi yang sangat indah dipanggil sebagai Pamukkale yang bermaksud ‘istana kapas’ dalam bahasa Turkiye!

 

Teresan kolam ini sangat menarik pembentukkannya kerana teresan ini dibentuk oleh aliran air panas berasal dari bawah tanah yang penuh dengan kandungan batu kapur bernama kalsium karbonat.

 

Dari aliran air panas, kalsium karbonat dimendap, kemudian wujudnya batuan yang membentuk kolam bernama travertin. Proses pembentukan travertin berterusan selama beribu-ribu tahun, sehingga wujudnya teres kolam air panas gergasi!

 

Kedalaman kolam semula jadi ini ialah antara 700 hingga 3,000 meter ke bawah tanah. Bermacam-macam warba air dihasilkan seperti warna perang, jingga, dan putih akibat kandungan mineral dalam air kolam tersebut.

 

Selain pembentukan semula jadi yang unik, Pamukkale juga ada sejarahnya tersendiri, di mana sebuah negara kota pernah dibina pada zaman pasca pemerintahan Alexander The Great! Nama negara kota itu ialah Hierapolis yang dibina sebagai sebuah kompleks spa oleh kerajaan Seleucid pada abad kedua SM.

 

 

Penduduk Hierapolis majoritinya ialah kaum Yahudi dari tanah Mesopotamia sehingga populasi kaum ini berkembang seramai 50,000 orang pada tahun 62 SM. Masuk tahun 133 SM, selepas kemangkatan raja Pergamon bernama Attalus III, Hierapolis diserahkan kepada kerajaan Rom Purba.

 

Hierapolis juga menjadi pusat penyembuhan kerana air panas dari kolam travertin boleh dijadikan penawar untuk merawat pesakit. Tambahan lagi, Hierapolis dijadikan sebagai pusat keagamaan dan hiburan teater kerana terdapat juga binaan kuil dan pentas teater.

 

Sehingga masuk ke zaman pemerintahan kerajaan Byzantine (330–1453), Hierapolis dijadikan sebagai pusat penyebaran ajaran Kristian yang penting menggantikan fungsinya sebagai kompleks spa.

 

Kewujudan kota Hierapolis yang kaya dengan sejarah dan Pamukkale yang unik dengan penghasilan ‘istana kapas’ menjadi tumpuan para pelancong sejak kedua-dua lokasi ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1988. Jadi, kalau anda tiba di Turkiye jangan lupa singgah ke Pamukkale!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.