Setiap tamadun ada kepercayaan masing masing, seterusnya menjadi agama bagi tamadun tersebut. Antara benda yang penting dalam kepercayaan diorang ni ialah ramalan peristiwa. Tamadun Yunani ada Oracle of Delphi yang bertindak sebagai peramal perisitiwa. Tamadun Cina pun ada, cuma yang menariknya, upacara ramalan diorang berkait rapat dengan sejarah penulisan diorang.

Orang Cina dulu bila dia nak meramal sesuatu, dia akan bakar tulang. Misalnya, dia ambil tulang lembu atau cengkerang kura kura, kemudian dia pahat tulang tulang tu dengan soalan diorang. Berdasarkan kajian arkeologis, mereka mendapat tulisan yang dipahat pada tulang ni dalam bentuk logo. Contohnya, perkataan Cina purba dulu untuk lembu, tulisan dia menyerupai rupa kepala lembu. Kuda pulak rupa macam kuda berlari.

Benda ni sekaligus menjadikan tulisan Cina lebih kurang macam tulisan Mesir Purba yang juga guna logo sebagai tulisan diorang. Tulang yang dipahat dengan soalan tu kemudiannya dibakar sampai retak dan tukang ramal akan mula tafsirkan maksud retak ni sebagai ramalan diorang. Kiranya tulisan Cina yang dulu wujud memang ada kaitan dengan sejarah diorang gunakan tulang sebagai alat ramalan. Lama kelamaan, tulisan Cina tu berevolusi dari logo kepads tulisan yang kita kenal sekarang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply