Jawapan pendek, tak. Jawapan sedikit panjang, mustahil. Kenapa? Setiap benda dekat muka bumi ni diperbuat daripada atom, partikel zarah paling halus (tak termasuk sub partikel). Bergantung pada jenis atom, saiz dia lain lain tapi masih sama. Misalnya, saiz molekul oksigen lagi besar berbanding molekul hidrogen, tapi saiz oksigen ni tak kisah dalam manusia atau dalam kuman, masih sama je dengan saiz oksigen yang lain.

Bila kita nak jadi kecil macam Ant-Man, maka andaian yang kita kena buat ialah kita kena kecilkan atom kita, dan benda ni mustahil. Atom tak boleh dikecilkan sebab itulah batu asas semua benda dalam alam, dan itulah benda paling halus dalam dunia zarah. Ok, kalau takleh kecikkan atom, katakanlah boleh tak kalau kita buang sebahagian atom ni supaya kita jadi kecil?

Bila besar ni atom banyak, jadi kalau kita kurangkan jumlah atom tu jadi cukup cukup untuk saiz kecil, maka patutnya kita boleh jadi kecil lah kan? Secara teori boleh, tapi kalau buat macam tu mati lah kita nanti. Katakanlah perut kita ada 300 trillion atom, kalau kita kurangkan jadi 1 juta atom, entah entah perut korang tak jadi perut pun tapi jadi air je. Daging pun tak jadi. Kenapa? Sebab dia tak cukup atom untuk bina dia jadi perut.

Jadi secara ringkasnya, kita tak boleh jadi kecik macam Ant-Man sebab dia dah langgar hukum fizik, sama macam kita kembara ke masa depan. Kembara masa pun dikira sebagai langgar hukum fizik jadi mustahil ia nak berlaku.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply