Kilat dan guruh ni terjadi serentak, tapi kenapa cahaya kilat keluar dulu lepas tu baru bunyi guruh dia? Benda ni ada penjelasan sains dia. Kilat ni terjadi bila awan di langit sarat dengan cas negatif dan tanah pula sarat cas positif. Macam magnet, bila cas positif dan negatif bertemu, diorang akan melekat pada sesama sendiri.
Jadi untuk kes ni, kilat akan terhasil sebab cas negatif di langit tu nak sambar cas positif di tanah. Sambaran ni menghasilkan kilat dan guruh yang kita kenal sekarang. Disebabkan sambaran ni menghasilkan suhu yang sangat tinggi, maka partikel nitrogen di udara ni ‘terbakar’ dan menghasilkan cahaya biru putih dalam kilat. Mekanisme penghasilan cahaya ni sama dengan macam mana cahaya pada lampu kalimantang terhasil (gas argon).
Sebab gas nitrogen tu mengembang dan ‘terbakar’ secara mendadak dan sangat pantas, maka berlakulah bunyi guruh yang kuat tu. Tapi punca utama kenapa kita nampak cahaya kilat dulu lepas tu baru guruh ni sebab beza kelajuan dua benda ni bergerak. Cahaya kilat ni gelombang elektromagnetik yang bergerak pada 300,000 meter per saat, dan bunyi pula gelombang longitud yang bergerak pada 334 meter per saat. Jadi sebab tu kita nampak kilat dulu lepas tu baru guruh, sebab cahaya kilat bergerak 1000 kali ganda lebih pantas berbanding gelombang bunyi.




No comments yet