Ikan ni dulu pernah dinobatkan sebagai hidupan terhodoh di muka bumi. Tengok ke la rupa dia, dah macam ada hidung besar. Tapi, ikan ni sebenarnya rupa asal dia normal je, takde la hodoh pun. Ikan ni duduk dekat kawasan laut dalam yang tekanan dia sangat tinggi.

Jadi untuk hidup di kawasan tersebut, blobfish ni ada adaptasi dan evolusi yang membenarkan diorang hidup di situ. Selalunya ikan lain ada pundi angin untuk kawal daya apungan diorang dalam air, tapi blobfish ni takde. Kalau ada, meletup dah pundi tu sebab tekanan tinggi. Juga, kalau ikan lain penuh dengan otot, blobfish ni banyak gelatin sahaja. Bahan yang sama dengan urat keting yang korang makan tu.

Bila dia banyak gelatin, ini menjadikan ikan ni lebih berat dan tumpat berbanding air. Jadi, diorang lagi senang tenggelam dalam air berbanding terapung. Cuma masalahnya, sebab dia diperbuat daripada gelatin, bila kita tarik dia naik permukaan atas, tu yang dia jadi rupa hodoh tu. Bahagian badan dia yang tinggi gelatin jadi terjatuh dan menggelebeh, menjadikan rupa blobfish yang kita kenal sekarang. Dan sebab dia tak biasa dengan kawasan tekanan rendah, maka dia akan mati terus bila dibawa naik atas.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply