Enam kapal flotilla Turki ke Palestin telah digemparkan dengan serangan tentera Israel! Apa yang terjadi selepas itu amat menyedihkan. Pada Mei 2010, sembilan aktivis terbunuh apabila komando Israel menceroboh ke kapal Mavi Marmara. Inilah peristiwa Gaza flotilla raid (Mei 2010) yang menginspirasikan “Valley of the Wolves: Palestine” (2011).

Sekejam apa Israel?

Baru-baru ini, Israel telah mencemarkan Masjidil Aqsa sewaktu mereka menyambut hari Sukkot. Umat Islam yang tak bersalah telah ditangkap dan dipenjarakan. Setakat September tahun ini, 340 warga Palestin sudah menjadi mangsa. Kebiadapan mereka bukan sehari dua, tetapi telah berlarutan sekian lamanya.

13 tahun yang lepas, mereka telah melakukan kekejaman di lautan. Kalau korang tak bersenjata pun, mereka sanggup bunuh. Itulah yang berlaku di atas kapal Mavi Marmara. Sebab itu tak pelik bila Israel bersikap takde perikemanusiaan langsung, malam-malam buta sanggup pecahkan pintu rumah dan heret warga Palestin ke penjara.

Kapal flotilla Turki yang berlayar pada tahun 2010 itu dah tahu risiko memasuki perairan Gaza. Israel memang sudah melakukan sekatan supaya tiada kapal luar yang dapat masuk. Tetapi, sanggup ke korang biarkan saudara seagama kelaparan? Sanggup ke biarkan mereka kesakitan tanpa ubat-ubatan?

Enam kapal flotilla itu ditahan di Laut Mediterranean. Israel memaksa kapten agar mengarahkan kapal ke pelabuhan Ashdod. Mereka nak periksa ada apa dalam kapal. Kalau korang dalam situasi getir macam ni, apa korang buat? Mesti berdebar kan.

Aktivis Misi Palestin berdegil. “Kami nak bantu saudara kami!” Dengan bersenjatakan besi dan pisau, mereka mempertahankan diri daripada pencerobohan komando Israel. Semasa inilah, Israel mengeluarkan shotgun dan menembak aktivis yang tidak berdosa. Tragedi ini menimbulkan ketengangan dalam hubungan Israel-Turki. Betullah kata Nabi, akan sentiasa ada segolongan umat yang berjuang di bumi Masjid al-Aqsa!

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Tawaran menarik sudah bermula! Jangan lepaskan peluang dari 25 September sampai 8 Oktober ini, ada diskaun RM10 untuk semua buku kami. Kami sediakan banyak pilihan buku-buku ilmiah dan fiksyen yang pasti mengujakan korang. Klik https://shp.ee/cc3w7sn


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply