Apa yang korang bayangkan bila sebut angkasa lepas? Pada 50 tahun yang lepas, orang ramai bertanya soalan yang sama. Maka, terciptalah sebuah karya agung.

2001: A Space Odyssey

Filem ini ialah fiksyen sains yang terbit pada tahun 1968. Punyalah power, ia masih dinobatkan pengembaraan angkasa lepas paling realistik pada hari ini.

Apa yang menarik, filem ini disiarkan setahun sebelum misi Neil Armstrong dan Edwin “Buzz” Aldrin menjejakkan kai ke bulan pada 1969. Cuba bayangkan, masa itu tiada siapa pun yang pernah naik ke langit. Kerajaan Langit Ayah Pin masa itu baru nak up.

Space Odyssey telah mendahului zamannya. Walaupun fiksyen, beberapa fakta saintifik dan fenomena di luar angkasa berjaya dihasilkan oleh studio secara teliti dan realistik.

Korang boleh merasai pengalaman di angkasa lepas yang senyap sepi tanpa suara, kerana suara tidak boleh bergema dalam ruangan yang vakum. Kru juga makan dari pes, sama macam angkasawan betul.

Korang tahu kan zaman kita sekarang baru ada AI, Siri dan Chatgp?

Akan tetapi, Space Odyssey sudah terlebih dahulu meramal kebergantungan kita dengan teknologi pintar. Babak yang menunjukkan HAL, onboard supercomputer tak nak buka pintu pod bay untuk angkasawan memang mendebarkan. Mungkin sebab ini juga, CEO SpaceX, Elon Musk suruh kita berjaga-jaga dengan AI.

Apa lagi penting, matlamat misi atau nyawa korang?

Mungkin ramai yang jawab nyawa. Namun kalaulah pilihan ini diletakkan di tangan AI yang tidak mempunyai perasaan, apa yang ia akan pilih? Space Odyssey telah mensimulasi kepada kita situasi kritikal seperti itu. HAL sanggup korbankan nyawa angkasawan demi misi tercapai.

Menarik kan. Tak hairanlah meskipun sudah 50 tahun, Space Odyssey masih menjadi kegilaan peminat sains fiksyen.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Manusia takkan dapat sampai ke bulan tanpa ilmu sains QUANTUM! Bersempena #TPSEBELAS dapatkan buku-buku kami seperti QUANTUM dan banyak lagi dengan DISKAUN RM 10 sampai 8 OKTOBER ni. Klik https://thepatriots.store/pt-quantum/ atau https://bit.ly/quantumshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply