Tak kenang budi langsung Israel ni! Berpuluh ribu rakyat Palestin terbunuh dan beribu-ribu lagi mendekam dalam penjara Israel. Mereka lupa, lebih 500 tahun lepas, umat Islam selamatkan pelarian bangsa mereka daripada Spanish Inquisition! Ini cerita tentang budi umat Islam yang tak terbalas.

Apa sebab Yahudi kena halau?

Pada Julai 1492, apabila kota Granada ditawan oleh Ferdinand II of Aragon dan Queen Isabella I of Castile, orang Islam dan Yahudi yang tinggal di bumi Andalusia telah dihalau daripada kampung halaman mereka. Seramai 3,000-5,000 orang telah dibunuh dengan kejam.

Apabila Sultan Beyazid II tahu tentang tragedi ini, dia memerintahkan semua pelarian Andalusia termasuklah bangsa Yahudi untuk diselamatkan. Baginda menghantar kapal-kapal terbaik Khilafah Turki Uthmaniyah. Laksamana Armada Kemal Reis telah mengetuai misi kemanusiaan ini.

Tak seperti yang dilakukan Israel hari ini, umat Islam sanggup memberikan perlindungan semasa nenek moyang mereka daripada dihambat daripada semenanjung Iberia. Sekarang, bangsa Yahudi pula yang menghambat umat Islam!

Semua tanah jajahan Khilafah Turki Uthmaniyah diberikan titah untuk membuka pintu kepada pelarian Yahudi. Kalau ada gabenor yang ingkar, akan dikenakan tindakan tegas.

Apa yang menarik, Khalifah tidak memperkecilkan bangsa Yahudi seperti yang dilakukan oleh Israel hari ini kepada orang Palestin. Khalifah menganggap kita dan bangsa Yahudi sebagai bersaudara, daripada bapa yang sama iaitu Nabi Ibrahim. Seperti yang korang tahu, Bani Israel lahir daripada keturunan selepas Nabi Ishak bin Ibrahim sementara Nabi Muhammad yang membawa agama Islam lahir daripada keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim. Kedua-duanya kan bersaudara.

Israel patut malu dengan apa yang dia buat sekarang.

Bak kata pepatah “air susu dibalas dengan air tuba”. Bagaikan “melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit”. Israel memang tak kenang budi!

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Israel memang dah lupa jasa umat Islam semasa satu Eropah kecam dan halau mereka! Kenapa Eropah tak suka Yahudi? Korang bacalah KITAB TAMADUN YAHUDI untuk faham jawapannya. Klik https://bit.ly/kitabtamaduneropah atau https://thepatriots.store/kte/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply