Sebuah terowong dipercayai berusia ratusan tahun yang jaraknya dari Bukit Nanas hingga ke Sungai Klang ditemui. Terowong sepanjang 10 meter itu telah ditemui oleh seorang kontraktor yang diupah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk membaikpulih cerun yang runtuh pada Mei 2013.

 

Dipercayai dulu terowong ni sebahagian daripada jaringan terowong yang hilang ditelan masa dan pembangunan di kawasan berkenaan. Kaum Mendailing menggunakan terowong sempit itu sebagai laluan rahsia ketika berlangsungnya Perang Saudara Selangor pada 1868 hingga 1871.

 

Masyarakat Mandailing mendiami bukit yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Gombak pada pertengahan kurun ke-19. Dahulu di sinilah letaknya Bagas Godang (Rumah Besar) dan juga kubu pertahanan Raja Asal, pemimpin perang kaum tersebut.

 

Raja Asal dan orang-orangnya menanam pokok nanas di sekeliling kubu pertahanan tersebut. Tujuannya supaya pokok nanas menjadi penghalang kepada musuh kaum Mandailing yang berkaki ayam. Terowong itu pula digunakan sebagai tempat menyimpan senjata, makanan dan juga harta benda, selain menjadi pos strategik apabila kaum Mandailing melancarkan serangan mengejut dan juga sebagai laluan menyelamatkan diri.

 

Penemuan ni mengukuhkan lagi beberapa cerita dan bualan mulut orang terdahulu tentang peperangan di puncak bukit itu selain wujudnya istana lama pernah dihuni oleh raja-raja Me­layu.

 

Terowong ni dipercayai dibina oleh kudrat manusia yang menghuni Bukit Nenas sekitar 150 tahun dahulu dengan menggunakan alat tajam untuk mengorek lubang menjadi sebuah terowong. Hasil penemuan mendapati terowong itu dijadikan pintu belakang untuk keluar masuk menuju ke Sungai Klang dan lombong bijih timah di kawasan sekitar tersebut.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lebih banyak lagi fakta menarik tentang budaya dan sejarah orang Melayu? Baca je KITAB TAMADUN MELAYU, sekarang kami ada Jualan PASCA PBAKL dengan diskaun istimewa. Cepat klik dekat https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply