Kalau tak ada perjanjian ni, mungkin sempadan Malaysia-Indonesia tak macam harini.

 

19 Januari 1819, Stamford Raffles bertolak dari Bengkulu, Sumatera menuju ke kawasan perairan di selatan Johor untuk mencari pulau yang boleh dijadikan sebagai pelabuhan UK, bagi memecahkan monopoli perdagangan Belanda di Nusantara.

 

Raffles akhirnya mendarat di Singapura pada 29 Januari 1819. Lokasinya strategik namun berada di bawah Kesultanan Johor-Riau.

 

Jajahan Johor-Riau ni pemerintahannya tak berpusat, Pahang dikuasai oleh Raja Bendahara, Johor dan Singapura oleh Temenggong, Muar oleh Raja Temenggong dan Kepulauan Riau oleh Yamtuan Muda. Sultan bersemayam di Lingga.

 

Memandangkan Singapura ini kawasan Temenggong. Raffles cari cara untuk hasut Temenggong.

 

Johor ketika tu dalam krisis pewarisan takhta “game of thrones”: Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman masing-masing berebut menjadi sultan mewarisi Sultan Mahmud III yang mangkat pada 1812.

 

Sebenarnya pembesar yang nak rebut untuk berkuasa: Yamtuan Muda sokong Tengku Abdul Rahman, Temenggong sokong Tengku Hussain. Belanda juga memihak kepada Tengku Abdul Rahman.

 

6 Februari 1819, Raffles menandatangani perjanjian dengan Temenggong Abdul Rahman, memberi sokongan kepada Tengku Hussain. Sebagai pulangan, Singapura disewakan kepada Raffles.

 

Temenggong sebenarnya nak menidakkan dominasi Belanda. Tengku Abdul Rahman ialah boneka Belanda, jadi Temenggong nak lawan Belanda melalui British.

 

Tiba-tiba pula UK dan Belanda nak geng selepas UK “Brexit” daripada Concert of Europe pada tahun 1822.

 

Perjanjian Anglo-Dutch dimeterai pada 1824, menggariskan sempadan pengaruh British dan Belanda. Semenanjung dan Singapura jadi hak British. Sumatera dan Kepulauan Riau, jadi hak Belanda. Selamba dia main bagi-bagi hak milik camtu.

 

Dengan perjanjian tersebut, Kesultanan Johor-Riau dipecahkan kepada dua: Sultan Hussain memerintah di Kampong Glam, Singapura dan Sultan Abdul Rahman memerintah di Lingga. Terpecahlah Alam Melayu kepada dua.

 

Apa yang terjadi pada wilayah-wilayah Johor-Riau setelah perjanjian ni?

 

Kesultanan Johor yang berpusat di Singapura tamat apabila anakanda Sultan Hussain, Sultan Ali melepaskan hak memerintah kepada Temenggong Ibrahim (anakanda Temenggong Abdul Rahman) pada tahun 1855. Anakanda Temenggong Ibrahim, Temenggong Abu Bakar mendirikan Kesultanan Johor moden pada tahun 1886.

 

Pahang di bawah kuasa Raja Bendahara juga mendirikan Kesultanan Pahang pada 1881. Kedua-dua Pahang dan Johor bergabung ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.

 

Kesultanan Johor yang berpusat di Riau-Lingga pula berada di bawah pengaruh Belanda sehingga 1911, apabila Belanda menamatkan kedaulatannya dan menjadikan Riau-Lingga sebahagian dari Dutch East Indies. Selepas kemerdekaan Dutch East Indies sebagai Indonesia pada tahun 1949, Kepulauan Riau kekal dalamnya sehingga kini.

 

Singapura jadi hak British sebagai “crown colony” sehingga tahun 1963. Selepas 2 tahun berada dalam persekutuan Malaysia, Singapura jadi negara berdaulat pada tahun 1965.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Kesilapan pemimpin terdahulu memakan diri memberi kesan di masa hadapan. Perlu kita tahu dan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU II boleh menjadi tempat rujukan anda. Boleh klik link, ada diskaun sempena Jualan PASCA PBAKL: https://bit.ly/jsmmiishopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply