Mutiara ialah permata tertua di dunia yang popular sebelum manusia mempunyai bahasa bertulis.

 

Pada 2019, ahli arkeologi di Abu Dhabi menemui mutiara berusia 8,000 tahun di antara runtuhan penempatan Zaman Batu, menjadikannya sebagai mutiara tertua yang pernah ditemui di bumi.

 

Tiada siapa yang tahu dengan tepat bila mutiara ditemui manusia, tapi ia pertama kali disebut dalam teks Cina sekitar 2300 SM sebagai perhiasan selama beribu tahun dan telah dipersembahkan sebagai hadiah kepada kerabat Cina.

 

Tamadun Cina purba mempunyai mitos yang mutiara dipercayai menjamin perlindungan daripada api dan naga yang bernafas api.

 

Mutiara yang berwarna hitam pula dikatakan terbentuk di dalam kepala naga. Mutiara itu dibawa oleh naga dewasa di celah giginya. Naga tersebut perlu dibunuh untuk mengumpulkan mutiara.

 

Sepanjang sejarah, mutiara telah menjadi permata berharga yang digemari oleh golongan diraja dan golongan elit.

 

Apa kegunaan mutiara dalam Tamadun Cina?

 

Permaisuri Dowager Cixi memerintah China pada akhir Dinasti Qing Manchu (1644 hingga 1911) antara merupakan peminat tegar mutiara yang dipecahkan menjadi serbuk. Baginda bukan sahaja menggunakan serbuk mutiara pada mukanya, tetapi menelannya setiap hari.

 

Malah disebabkan ketaksubannya untuk kelihatan cantik, baginda menubuhkan pasukan penyelidikan untuk menyelidik rawatan penjagaan kulit. Daripada penyelidikannya, baginda mendapati bahawa serbuk mutiara mampu digunakan sebagai salah satu rawatan anti-penuaan yang paling berkesan.

 

Permaisuri Cixi menyapu bedak muka yang dicampur dengan mutiara dan krim kulit ke mukanya setiap pagi. Serbuk mutiara ialah bahan utama kecantikan baginda.

 

Jurusolek zaman Dinasti Tang China menggunakan serbuk mutiara untuk mencantikkan dan melindungi kulit mereka. Dan Wu Ze Tian, Permaisuri Dinasti Tang juga menggunakan serbuk mutiara secara dalaman dan luaran dan kulitnya dikatakan cantik dan berseri seperti wanita yang lebih muda.

 

Ahli-ahli Istana Imperial China percaya dengan kesan penjanaan semula yang terhasil menggunakan serbuk mutiara yang juga berfungsi sebagai untuk penyembuhan, kedutan, dan pencerahan kulit.

 

Mutiara terkenal dalam sistem perubatan tradisional Asia. Terdapat banyak legenda dan cerita rakyat yang diturunkan. Ia melambangkan betapa pentingnya permata ini kepada tamadun purba.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak lagi kisah-kisah budaya Cina yang sangat menarik? Mudah sangat bila bersama KITAB TAMADUN CINA. Boleh beli dengan diskaun menarik Jualan Pasca PBAKL di: https://bit.ly/kitabtamaduncina


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply