Kosher adalah dari kata dasar Kasher (כָּשֵׁר) yang bererti “fit” and “proper”. Sub-Halakha yang ditekankan agama Yahudi adalah Kashrut (hukum dan undang-undang pemakanan) yang sering disebut di dalam Leviticus dan Deuteronomy.
Pemakanan yang bercanggah dengan prinsip Kosher disebut sebagai Treif (טרײף) iaitu seumpama hukum Haram.
Pemakanan Kosher adalah pemakanan halal versi ajaran Yahudi. Penekanan makanan Kosher di dalam ajaran Yahudi amatlah ketat dan rumit berbanding syariat Islam.
Orang Yahudi ditegah untuk memakan babi, unta, burung unta, binatang rodensia, bangkai, binatang pemangsa dan apa jua makanan yang boleh mendatangkan mudarat untuk kesihatan. Bahkan buah-buahan dan sayuran juga perlu dipastikan kebersihannya agar tidak wujud ulat di dalamnya.
Untuk haiwan akuatik pula orang Yahudi hanya dibenarkan untuk memakan binatang yang mempunyai insang dan sisik sahaja iaitu ikan. Manakala, binatang seperti udang,kerang, ketam dan binatang dua alam adalah dilarang.
Bagi binatang seperti lembu, kambing, rusa, kijang, ayam dan burung pula adalah binatang yang dikategorikan sebagai binatang kosher.
Makanan berasaskan tenusu seperti keju, yogurt dan lain-lain mestilah dari binatang kosher. Dan tidak boleh dicampurkan makanan tenusu dengan daging kosher dalam satu masakan. Sekiranya mereka minum susu, atau makan keju pada waktu pagi, mereka hendaklah menunggu paling lama 6 jam sebelum memakan daging Kosher.
Oleh: Azizul Farhan
…
Mari singkap helaian sejarah Yahudi dan Bani Israil di dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan di Shopee kami dengan diskaun menarik sempena JUALAN PASCA PBAKL: https://bit.ly/3MkDT6b




No comments yet