Kerajaan Nikita Khrushchev mempunyai sebuah kementerian khas untuk pengangkutan laut.

Pada tahun 1959, kementerian ini menghantar seorang pakar geografi bernama Andrei Kapitsa yang sudah menyertai Ekspedisi Antarktika Soviet bermula tahun 1955.

Tiba saja di kawasan Stesen Vostok, pihak Kapitsa menjalankan ujian seismik untuk mengukur ketebalan lapisan ais (ASOC, 2008). Setelah mengamati bacaan seismik, Kapitsa berpendapat ada sebuah tasik di bawah lapisan ais Antarktika.

Teori ini sudahpun popular pada masa itu, setelah saintis Peter Kropotkin mencadangkan kewujudan air tawar di bawah timbunan ais. Kropotkin adalah seorang figura yang lahir pada tahun 1842.

Pyotr Kropotkin

Walaupun lahir di Moscow, beliau lari ke Eropah dan menumpang dalam negara-negara seperti Switzerland, Perancis dan akhirnya England – kerana terlibat dalam aktivisme politik.

40 tahun di luar Rusia, beliau akhirnya pulang selepas kejatuhan monarki Romanov. Selama 40 tahun ini, beliau menimba ilmu begitu banyak tentang geologi Bumi.

Cadangan Kropotkin dan Kapitsa menjadi realiti apabila saintis British turun ke Antarktika dengan mesin peninjau lengkap dengan radar ρeηembυs ais.

Bacaan mereka mengesan suatu kepelikan (anomaly), yang tertimbυs di sebalik lambakan ais. Hanya pada tahun 1991, baru mereka tahu – ada tasik di situ, selepas John Ridley menggunakan satelit ERS-1 dalam sebuah misi bersama Universiti Kolej London.

Tasik Di Bawah Lapisan Ais

Terselindung sekitar empat kilometer di bawah ketebalan ais, Tasik Vostok (dinamakan sempena stesen penyelidikan berhampiran) boleh dikatakan seolah-olah suci.

Selepas ditemui, saintis benar-benar teliti untuk mengenal pasti selama mana ia di bawah.

Pakar biologi dariapda Universiti Negeri Louisiana bernama Brent Christner berpendapat sekurang-kurangnya 15 juta tahun… barangkali 25 juta tahun pun. Jadi Tasik Vostok sememangnya antara tempat paling ekstrim di dunia ini.

Kajian-kajian susulan berjaya mengukur saiz sebenar tasik besar ini. Dianggarkan panjangnya mencecah 240 kilometer, dengan lebar lebih daripada 50 kilometer.

Purata kedalamannya adalah 432 meter.

Dengan teknologi semakin maju, saintis menemui sekurang-kurangnya 22 buah gua dasar air yang purata saiz lingkungan 10 kilometer setiap satu (Futterer & Kleinschmidt, 2006).

Tasik Vostok (gambar satelit)

Kira tasik ini sangat besar, senang cakap. Kalau dirumuskan dalam bentuk luas (area), saiznya boleh kata sebesar negeri Terengganu. Itu berdasarkan dapatan semasa, belum kira kedalaman lagi.

Kalau imbasan cakap lagi besar, maka boleh jadi sebesar Johor pun. Apa yang pasti, terkαηdαs tengah-tengah Terengganu boleh sempat cari nasi dagang.

Tetapi terkαηdαs tengah-tengah Tasik Vostok – memang teruk jadinya. Utara, Selatan, Barat dan Timur – nampak permukaan air saja.

Andainya ais cair dan paras air surut, memang boleh terkαηdαs tengah-tengah Tasik Vostok. Kerana saintis temui seakan-akan pulau di bahagian pertengahan (Whitehouse, 2005).

Signifikan Penemuan Tasik Vostok

Pihak Rusia telah membuat usaha penggalian ais dengan menggunakan alat gerυdi. Kerana Tasik Vostok ini sudah lama terlindung daripada sentuhan alami.

Saintis belum pasti jika ada laluan semulajadi yang menghubungkan Tasik Vostok dengan mana-mana lautan… mungkin ada terowong dasar laut hasil binaan alam.

Mereka mengkaji pada dasar memang tasik ini suci habis… bermakna kehidupan dalam timbunan ais ini (jika ada) tidak pernah berhubung dengan mana-mana bahagian dunia.

Perkara ini membuka minda saintis tentang kewujudan habitat bakteria purbakala. Memang banyak mikroorganisme yang serba mampu hidup dalam suasana sebegitu ekstrim. Dan pada tahun 2012, mata gerudi mereka sudah menyentuh permukaan tasik.

Dan mereka mendapatkan sampel air yang mendedahkan DNA bakteria tertentu. Namun projek ini mengundang kecaman banyak pihak… kerana sampel tersebut sudah tercemαr akibat penggunaan cecair pelincir gerudi (Marshall & Walker, 2012).

Tiga tahun kemudian, ekspedisi kedua menyentuh permukaan Tasik Vostok… kali ini lebih cermat untuk mengelak kegagalan misi pertama. Dan memang benar, Tasik Vostok adalah habitat mikrobiologi yang terasing daripada alam keliling (Bulat, 2016).

Cuma buat masa sekarang, kajian masih belum mengumumkan spesis-spesis ditemui. Jujur cakap, semua sudah tahu ada bakteria tertentu. Persoalan sekarang, ada ikan atau tidak?

Kalau ada, itu yang kena halusi betul-betul. Kerana ikan tersebut terasing daripada alam selama jutaan tahun… bermakna ada sumber makanan yang berkitaran seperti rantaian.

RUJUKAN:

ASOC. (2008, April 14). Appeal to the Duma on Lake Vostok, Antarctica. Antarctica and the Southern Ocean Coalition.

Bulat, S. (2016). Microbiology of the subglacial Lake Vostok: first results of borehole-frozen lake water analysis and prospects for searching for lake inhabitant. Philos Trans A Math Phys Eng Sci. 374 (2059): 20140292.

Futterer, D., & Kleinschmidt, G. (2006). Antarctica: contributions to global Earth sciences: proceedings of the IX International symposium of Antarctic Earth Sciences Postdam. Birkhauser. Halaman 138.

Marshall, M., & Walker, G. (2012, Februari 8). We have breached Lake Vostok, confirms Russian team. NewScientist.

Whitehouse, D. (2005, Mei 25). Russia to resume Vostok drilling. BBC News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply