Pe.rang Dunia Ke-2 memberi kesan yang dasyat  apabila dunia menyaksikan berpuluh juta nyawa terkorban, sama ada dari pihak tentera atau rakyat biasa semuanya berasa sengsara dari segi fizikal dan mental. Maka p3rang bukanlah sesuatu yang manis selain diambil sebagai ktibar.

Namun selepas 14 tahun kekalahan N@zi Jerman pada 7 Mei 1945, muncul pula sebuah parti politik berhaluan kanan membawa idea N@zi, yang berhasrat untuk mengembangkan ideologi ini di Amerika Syarikat.

Biografi Ringkas George Lincoln Rockwell

George Lincoln Rockwell dilahirkan di IIIinois, Amerika Syarikat pada tahun 1918. Berketurunan Inggeris dan Scottish di sebelah bapa, manakala ibunya merupakan seorang imigran dari Jerman. Jodoh ibu dan bapanya tidak berpanjangan dan akhirnya mereka bercerai semasa Rockwell baru mencecah 6 tahun.

Setelah melonjak usia remaja, Rockwell melanjutkan pelajaran ke Brown University pada tahun 1938 dalam bidang Falsafah setelah permohonan beliau ke Harvard University tidak diluluskan.

Rockwell tidak sempat menghabiskan pelajarannya di Universiti setellah menerima tawaran dalam Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Semasa p3rang dunia ke-2 beliau berkhidmat di atas kapal USS Omaha, USS Pastores, USS Wasp dan USS Mobile sebagai unit sokongan.

Pada tahun 1950, Rockwell telah dipanggil semula untuk bertugas sebagai Leftenan komander dalam P3rang Korea. Beliau berpindah ke San Diego bersama isteri dan tiga anaknya, di mana beliau melatih juruterbang Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat.

Semasa berada di San Diego, Rockwell mula dipengaruhi dengan idea dan politik Senator Joseph McCarthy dalam menentang  Komunism dan hal ini menjadi titik permulaan sebagai karier politik radikal dan sebagai pengagung idea N@.zism.

Oleh itu, percambahan fikiran dan pandangan serong dalam konteks kaum Yahudi bermula selepas beliau banyak  membaca risalah dan buku propaganda seperti Mein Kampf dan Protocols of the Elders of Zion di mana bahan bacaan tersebut mempengaruhi idea radikalnya terhadap kaum Yahudi.

Politik Awal

Sebelum berkecimpung dalam arena politik, Rockwell telah bertemu dengan hartawan yang juga seorang anti-semetik bernama Harold Noel Arrowsmith Jr.

Harold Noel memberi Rockwell sebuah rumah dan peralatan pencetakan sebagai alat sebarkan propaganda.

Mereka meletakkan kesalahan secara keseluruhan kepada kaum Y@hudi sebagai punca kesusahan  yang ditanggung oleh  orang kulit putih di Amerika Syarikat terutamanya dalam isu dominasi perniagaan, dan cara awal untuk mencegah hal ini adalah dengan membentuk satu jawatankuasa kebangsaan bagi membebaskan Amerika daripada pengaruh Yahudi.

Pada 29 Julai 1958, Rockwell berdemonstrasi di hadapan Rumah Putih dalam protes “anti-war” membantah keputusan Presiden Dwight D. Eisenhower menghantar tentera pengaman ke Timur Tengah yang dikenali sebagai Operation Blue Bat.

Rockwell dan penyokongnya secara khusus menganggap keputusan itu sebagai kawalan Y@hudi terhadap kerajaan.

George Lincoln Rockwell mula dikenali melalui media cetak tempatan, terutamanya selepas Drew Pearson menulis artikel tentang Rockwell dan aktiviti politiknya.

Penubuhan Parti N@ZI Amerika

Pada Mac 1959, Rockwell mengasaskan organisasi World Union of Free Enterprise National Socialists atau WUFENS.

Parti N@zi Amerika

Namun pada Disember 1959, organisasi itu dinamakan semula sebagai Parti N@zi Amerika (kemudian National Socialist White People’s Party) di mana ibu pejabatnya berpusat di Arlington.

Hasil daripada aktiviti politiknya, Tentera Laut melepaskan Rockwell dari perkhidmatan dan menganggap beliau sebagai ‘not deployable” kerana pandangan politiknya.

Walaupun beliau menerima pelepasan terhormat, Rockwell tetap mendakwa sebenarnya beliau dibuang dari Tentera Laut yang mana dia menyalahkan orang Yahudi dalam kejadian itu.

Rockwell pernah merancang sebuah perhimpunn bagi meraikan hari kelahiran H*tler pada bulan April 1962 dan pernah menghadiri kem yang dianjurkan oleh British Neo-N@zi, Colin Jordan di Gloucestershire di mana mereka menganjurkan Kesatuan Dunia Sosialis Kebangsaan dan menganugerahkan pingat kepada salah seorang ahlinya yang berjaya menumbuk muka Martin Luther King Jr.

Dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 1964, Rockwell bertanding sebagai calon dan berjaya memenangi 212 undi dan beliau bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya gabenor Virginia 1965, menerima 5,730 undi atau 1.02% daripada jumlah keseluruhan dan menduduki tempat terakhir dalam kalangan empat calon

Anda biasa mendengar slogan “white power” yang didendangkan oleh golongan Neo-N@zi? sebenarnya slogan itu dimulakan oleh pemimpin Black Nationlism dari Black Panther Party bernama Stokely Carmichael yang menggunakan slogan “Black Power” namun frasa itu diubah Rockwell menjadi “White power”.

Stokely Carmichael

Parti Neo-Fasis yang bertunjangkan ideologi N@zism ini mula menerbitkan beberapa risalah dan buku, termasuk Dunia Sosialis Kebangsaan tulisan Rockwell yang disunting oleh William Luther Pierce. Majalah Stormtrooper dan buku komik propaganda, “Here Comes Whiteman”, di mana watak adiwira bertarung melawan musuh yang dimodelkan mengikut stereotaip perkauman.

George Rockwell dan pengikut N@zi menafikan peristiwa Holocaust yang meragut nyawa kira-kira 6 juta orang Yahudi dan menganggap ia adalah propaganda Yahudi untuk meraih simpati dunia.

Pada 25 Ogos 1967, Rockwell m4ti ditembak semasa meninggalkan kedai dobi di Arlington, Virginia yang tak jauh dari tempat kediaman beliau.

Dalang dalam kes ini adalah John Patler yang merupakan bekas ahlinya yang dibuang oleh Rockwell sendiri kerana John Patler didapati cuba menyuntik idea Marxis-Komunis ke dalam parti di mana ia adalah idea yang kontra dengan fahaman mereka. Patler kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply