Sistem Suria nampak indah dengan lapan planet tersusun pada landasannya. Ikut hukum alam, semua planet mengelilingi Matahari ikut orbit masing-masing. Malah Matahari itu sendiri sedang mengorbit Pusat Galaksi. Bermakna planet Bumi misalnya bergerak tawaf Matahari yang sedang bertawaf sekali.
Bumi mengambil masa sekurang-kurangnya 365 hari untuk lengkap satu pusingan yang dipanggil tahun. Manakala Matahari pula mengambil masa 225 hingga 250 juta tahun untuk mengelilingi Pusat Galaksi.
Usia Matahari berada dalam lingkungan 4.6 bilion tahun. Jadi bermakna, Matahari baru lengkap 20 pusingan pada orbitnya.
Mengenali Planet Tanpa Orbit
Keadaan dalam Sistem Suria tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya model angkasa. Sebenarnya banyak planet tiada orbit, berawang-awangnya bagaikan debu di padang bintang.
Mereka digelar planet berapung (free-floating planet) atau planet yatim orphan planet). Ada yang memanggil planet peηγαηgαk (rogue planet) kerana tidak mengikuti peraturan alami. Mereka menjelajahi ruangan angkasa tidak dibatas sebarang orbit.
Jadi kalau ikut kebarangkalian, memang mereka boleh lαηggαr Bumi. Kerana sekarang ini pun, mereka sedang lαηggαr apa sahaja. Silap-silap, lαηggαr planet lain.
Tetapi kebarangkalian tidak semestinya kepastian, kerana planet yatim paling berhampiran pun adalah WISE 0855-0714 yang terletak 7.1 tahun cahaya (1 tc = 9.7 trilion km) jauh.
Sangat jauh, senang cakap. Maka Bumi lebih berisiko terkena heηtαmαη asteroid, untuk dibandingkan dengan planet yatim.
Kegigihan Pihak Eropah
Dalam menghayati keindahan alam semesta, Kesatuan Eropah merencanakan sebuah usaha untuk mengenal pasti jumlah planet yatim dalam Bima Sakti. Mereka mempunyai Balai Cerap Selatan Eropah (ESO) yang mampu menjalankan penyelidikan rumit ini.
ESO selama ini sudah mengumpulkan data begitu banyak, yang perlu disaring semula. Proses saringan ini mudah sahaja. Memandangkan planet yatim mempunyai haba serba cukup, teleskop ESO sudah mengesan mereka.
Maka sekarang mereka hanya perlu mengukur pergerakan, warna dan kilauan berjuta-juta objek yang sudah dicerap selama ini.
Walaupun namanya Eropah, teleskop milik ESO banyak berada di Chile. Contohnya VLT Survey Telescope (VST) dan MPG/ESO 2.2, barangkali kerana medan pandangan (field of view) yang lebih strategik di situ.
Sekejap sahaja, ESO melaporkan penemuan 70 planet yatim baharu yang berawang-awangan bagai tiada masa depan dalam Bima Sakti (Miret-Roig, et al., 2021). Tiada sistem sudi meminang mereka sampai selamanya hidup menyendiri seperti segelintir dalam kalangan pembaca sekarang.
Keperluan Kajian Planet Yatim
Letυραη Besar (Big Bαηg) berlaku sekitar 13.8 bilion tahun lalu yang memulakan alam semesta ini (Duren, 2017). Proses pembentukan alam pula mengambil masa sangat lama, sebelum mencapai usia matang seperti hari ini.
Jadi untuk belajar tentang alam angkasa, mesti kena tengok objek-objek yang berawang-awangan.
Planet yatim adalah contoh paling baik. Tambah pula planet-planet yatim yang baru terhasil. Mereka meninggalkan jejak yang mana saintis boleh ikut untuk belajar macam mana planet yatim terhasil berbeza dengan planet berorbit.
Ada pendapat menyatakan planet yatim terjadi selepas kerυηtυhan awan gas yang terlalu ringan untuk menjadi sebuah bintang (Hicks, 2021).
Ada juga berpendapat planet yatim diteηdαηg keluar daripada sistem induk sampai tersasar jauh daripada orbit sedia ada. Jadi buat masa sekarang, saintis sedang mengkaji untuk tengok punca paling tepat dengan fitrah planet yatim.
Meskipun Agensi Angkasa Eropah (ESA) tidak bercita-cita setinggi NASA, jasa mereka dalam perkara ini wajar diberi perhatian juga.
RUJUKAN:
Duren, M. (2017, Mei 10). Understanding the Bigger Energy Picture: DESERTEC and Beyond. Springer. Halaman 90.
Hicks, J. (2021, Disember 23). Astronomers discover largest group of ‘rogue planets’ yet. The Verge.
Miret-Roig, N., et al. (2021). A rich population of free-floating planets in the Upper Scorpius young stellar association. Nature Astronomy.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih