Cakap pasal evolusi, mesti ada yang petik Nabi Adam as. Kerana golongan ini terbuai dengan fitnah terhadap Charles Darwin.

Ramai percaya Teori Darwin adalah “manusia berasal daripada beruk”. Hakikatnya, Darwin tidak pernah berkata sedemikian (Blitz, 2015). Untuk faham tentang evolusi, kena buang habis tanggapan sedia ada jika melibatkan beruk.

Teori Darwin sebenarnya sudah ditahrifkan sampai lari habis daripada maksud asal.

Dalam buku On the Origins of Species, Darwin menjelaskan bahawa setiap organisme mewarisi ciri-ciri fizikal dan tingkah laku yang berubah saban zaman.

Dan perubahan ini pula berlaku, menurut beliau, untuk bantu organisme dari segi kemandirian (survival) di tempat tertentu (Than, et al., 2021). Ini yang dipanggil pemilihan semulajadi (natural selection).

Kalau ingin membetah Darwin, perlu mula pada dasar apa yang beliau ulaskan. Bukan percaya pada fitnah ramai, kononnya beliau berkata manusia berevolusi daripada beruk.

Kerana Darwin hidup pada zaman yang serba serbi terhad dari segi teknologi saintifik.

Malah dapatan sains 1990-an pun banyak dibetulkan semula zaman sekarang, walhal baru 30 tahun. Perihal perubahan, menarik untuk ulas sedikit sebanyak tentang mata manusia.

Mata Yang Bertukar

Agama menegaskan bahawa manusia pada mulanya tunggal, iaitu Adam as. Manakala sains pula belum kukuh tentang faktor manusiawi, sama ada tunggal atau kelompok.

Walau bagaimanapun, fakta agama dan sains membangkitkan persoalan menarik – bagaimana mata orang-orang prasejarah (seperti Adam as misalnya)?

Kalau mata baginda membulat, atas dasar apa manusia sekarang bermata macam-macam bentuk? Ada yang bujur. Ada yang condong. Ada yang tertutup. Seolah-olah mata boleh dikenal pasti melalui fitrah etnik pula.

Soalan mudah: kenapa mata bangsa Cina berbeza untuk dibandingkan dengan Melayu?

Mata orang Jepun kebanyakannya lebih kecil, berbeza dengan mata Arab yang membesar sampai kalau jeling macam boleh nampak habis segala dosa. Inilah bukti variasi ciri-ciri fizikal, yakni evolusi sendiri.

Mengenali Asal-Usul Bangsa

Menurut Charles Darwin, memang merepek kalau kaitkan perubahan mata dengan pemilihan semulajadi (EMBL, 2004). Walau bagaimanapun, seorang pakar antropologi daripada Universiti Negeri Ohio berpendapat kelopak mata berkait dengan keadaan iklim.

Frank Poirier melihat bangsa-bangsa yang turun daripada taburan Asia Timur Laut. Kiranya leluhur semua etnik daripada China, Jepun, Korea, Rusia dan Scandinavia menjadi tumpuan Poirier.

Perlindungan semulajadi.

Leluhur ini selalu mengembara dan merantau dalam rantau sering dibadai salji tebal dan angin sejuk. Jadi mata mereka secara berperingkat menjadi kecil, kelihatan seperti terlindung di bawah sebuah kelopak.

Dari segi saintifik, kelopak ini bukan sama sekali eyelid. Sebaliknya ia dipanggil epicanthic fold iaitu gumpalan lemak untuk melindungi mata dan kantung resdung (sinus gland). Lindungi daripada apa? Kalau dulu, saintis sangka lindungi daripada iklim sejuk seperti salji misalnya.

Tetapi epicanthic fold juga didapati wujud dalam kalangan warga Afrika (Lang, 2000). Mana mungkin untuk salji kalau di Afrika yang serba panas. Jadi pengetahuan saintifik sudah beralih ke sinar ultraviolet yang konsisten di Afrika dan Siberia (Kwon & Nguyen, 2015). Sinar ultraviolet seperti yang diketahui sangat ketara di pergunungan Himalaya. Dan populasi di sini mempunyai epicanthic fold, sama seperti bangsa Sweden nun jauh di utara.

Jens Byggmark yang mempunyai epicanthic fold, walhal bukan orang Cina.

Ketika ini, pengetahuan saintifik tentang perkara ini sangat terhad kerana fungsi evolusinya masih dalam status pendapat (opinion). Namun pendapat ini pun sudah cukup untuk faham tentang mata manusia.

RUJUKAN:

Blitz, M. (2015, Februari 21). 7 myths about Charles Darwin. Business Insider.

EMBL. (2004, November 1). Darwin’s Greatest Challenge Tackled: The Mystery of Eye Evolution. Science Daily.

Kwon, B., & Nguyen, A. (2015). Reconsideration of the Epicanthus: Evolution of the Eyelid and the Devolutional Concept of Asian Blepharoplasty. Seminars in Plastic Surgery. 29 (3): 171-183.

Lang, B. (2000). Race and Racism in Theory and Practice. Rowman & Littlefield. Halaman 10-11.

Than, K., et al. (2021, November 15). What is Darwin’s Theory of Evolution? Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply