Cakap pasal takoyaki ni, mesti kita ‘feeling’ kat Jepun kan kalau makan bebola sotong ni? Bukan takat Malaysia je ramai peniaga jual takoyaki, negara seberang macam Indonesia, Singapore, Thailand, dan negara-negara lain juga tidak ketinggalan jual takoyaki ini.

Sebenarnya, ada sejarahnya tentang asal-usul takoyaki ni. Asalnya takoyaki ni ialah makanan tepi jalan yang pertama kali diusahakan oleh peniaga bernama Tomekichi Endo pada tahun 1935.

Takoyaki diinspirasikan dari sejenis ladu (dumpling) bernama akashiyaki (gambar ketiga) yang berbentuk bulat dan diisi dengan cebisan sotong. Akashiyaki ni hanya dijual di kota Akashi, wilayah Hyogo.

 

 

Selepas takoyaki dijual di sekitar kota Osaka, ramai rakyat wilayah Kansai mula menyukai makanan tepi jalan ini. Ditambah lagi takoyaki mudah didapati setelah ramai peniaga menggunakan kedai bergerak bernama ‘yatai’ untuk menjual takoyaki.

Apa yang membezakan takoyaki dengan akashiyaki ialah akashiyaki hanya dumpling diperbuat dari campuran telur kuning yang banyak dan tepung dan isinya hanya cebisan sotong. Takoyaki pula ialah bebola dumpling diperbuat dari bahan yang sama tapi kurang kandungan telur kuning, dan isinya ialah cebisan sotong, sayur konjac, keropok tenkasu, dan daun bawang.

Korang boleh katakan takoyaki ni versi moden akashiyaki. Endo buat takoyaki pertama kali pun jadikan daging lembu dan sayur konjac sebagai isi takoyaki, kemudian kembali semula dengan cebisan sotong.

Jadi, tiada masalah sangat kalau isi takoyaki bukan cebisan sotong. Ayam, ketam, keju, daging lembu dan pelbagai jenis isi dibolehkan, walaupun maksud takoyaki sendiri ialah bebola bakar sotong.

Kerana kepelbagaian jenis takoyaki, pasaran makanan tepi jalan ini boleh menembusi seluruh Asia. Sampai orang Amerika sendiri dapat merasa takoyaki ini!

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply