Ikan salmon ni kita kenal sebagai ikan yang daging oren dia boleh dimakan mentah, macam makan sushi gitu. Tapi, cara hidup ikan ni agak unik kalau kita belajar memahaminya.

 

Yang unik dia ialah salah satu ikan salmon ni berubah warna dari kebiruan ke warna merah jingga apabila mereka berenang ke kawasan sungai dan tasik dari laut. Kenapa ikan ni tetiba bertukar warna?

 

Sebenarnya, spesis ikan salmon itu ialah spesis ikan salmon Pasifik Utara atau ‘sockeyes salmon’. Hanya spesis ikan ini saja yang boleh bertukar warna. Ikan salmon yang dewasa biasanya hidup di lautan selama dua tahun.

 

Apabila tibanya musim membiak, seluruh ikan salmon akan bermigrasi kembali ke ‘tanah air’ mereka, iaitu kawasan sungai dan tasik. Sampai ke destinasi, warna ikan salmon jantan bertukar dari putih kebiruan ke warna merah jingga.

 

 

Warna merah jingga ini ialah pigmen yang hadir dari otot-otot ikan yang berwarna jingga. Pigmen ini mereka dapat dari memakan haiwan krustasean seperti krill (udang bersaiz mikro). Dari situ pigmen jingga berkumpul di otot ikan dan pergi ke lapisan kulit apabila tiba musim membiak.

 

Pertukaran warna ini terjadi kerana beginilah cara ikan salmon jantan mencari pasangannya. Ikan salmon betina akan mencari pasangan yang cantik warna kulit, kemudian memulakan proses pembiakan.

 

Setelah telur dihasilkan, pasangan ikan salmon tidak mempunyai usia yang panjang kerana kehabisan tenaga akibat bermigrasi. Mereka tak makan kalau sampai kawasan pembiakan kerana fikirkan cari pasangan saja. Jadi, inilah bayarannya kalau melahirkan generasi ikan salmon baru, bagi menyambung kehidupan lagi ke laut.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply