Kalau tengok Bulan ni betul-betul, rupa dia macam padang jarak padang terkukur, lapang, kering, dan hanya berbatu saja. Mustahil satelit semula jadi ada air, kan?

 

Tapi, China menemui molekul air air di Bulan berdasarkan penemuan oleh prob angkasa mereka pada tahun 2020. Betulkah dakwaan China ini?

 

Pada tahun 2009, NASA mengumumkan telah menemui molekul air di permukaan kawah bulan. Tetapi disebabkan imej yang ditangkap kamera mempunyai resolusi rendah, agak sukar mengetahui di mana air boleh ditemui di Bulan.

 

Jadi, penyelidik Akademik Sains China (CAS) lancarkan prob angkasa mereka bernama Chang’E-5 ke bulan untuk dapatkan sample batu dan debu. Pada Disember 2020, barulah prob ini kembali ke Bumi dengan sampel batu dan debu seberat 1.7 kilogram.

 

 

Setelah dikaji sampel Bulan ini, mereka mendapati wujud garis penyerapan air sekitar 2.85 mikrometer, maksudnya ada kehadiran air dalam sampel tersebut! Tapi, mereka memerlukan lebih banyak batu dipecahkan bagi menghasilkan air untuk diminum.

 

Mungkin ada peluang untuk saintis wujudkan koloni di Bulan. Ini kerana terdapat sejenis batu gunung berapi di bulan yang dikenali sebagai CE5. Batu ini mempunyai garisan penyerapan air yang tinggi. Sekiranya komuniti astronomi dapat menemui lokasi yang tepat, maka lebih banyak air boleh dijumpai.

 

Satu lokasi yang dijangka mempunyai simpanan air yang banyak di bulan ialah kawasan kutub Bulan. Kutub bulan begitu gelap dan terdapat kehadiran air yang tinggi. Ini sekaligus meningkatkan peluang penemuan air di bulan dan kemungkinan koloni manusia bakal bermula di Bulan, jika si Elon Musk lambat membuka koloni di Marikh.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply