Ada satu jenis tumbuhan herba ni menjadi buruan orang Rom, di mana khasiatnya begitu banyak, dari menjadi penyedap makanan sampailah mampu memberikan tenaga batin untuk para lelaki Rom. Apakah tumbuhan ajaib yang menjadi kegilaan orang Rom ini?

 

Memperkenalkan, tumbuhan herba bernama Silphium. Silphium dikatakan hanya tumbuh di kawasan tanah tinggi di timur laut Libya, lebih tepat di kota Cyrene (kota Shahhat sekarang).

 

 

Silphium hanya tumbuh di kawasan yang mempunyai kuantiti air hujan yang banyak. Ahli falsafah Yunani didikan Aristotle iaitu Theophrastus menjelaskan rupa bentuk Silphium iaitu ia mempunyai akar hitam yang tebal dan sepanjang 48 cm. Daunnya warna keeemasan dan isi batangnya berlubang.

 

Kerajaan kota Cyrene memanfaatkan khasiat pokok Silphium dan menjadikan barang dagangan untuk menjana ekonomi kota tersebut. Sejak tamadun Rom menguasai seluruh Eropah, kerajaan Rom mula mengetahui tentang Silphium dan mula mengambil alih ekonomi kota Cyrene, seterusnya mengeksploitasi tumbuhan ini.

 

Begitu banyak khasiat Silphium seperti merawat luka digigit anjing, sakit badan, batuk, deman, dan pelbagai jenis penyakit. Malah, tumbuhan herba ini mampu dijadikan sebagai ubat aphrosidiak (ubat pengasih), penguat tenaga batin, dan ubat kawalan penghamilan.

 

Tidak hairanlah kenapa Rom beria-ria mahu tumbuhan Silphium yang dianggap ajaib ini! Tapi sayang, kerajaan ini tidak dapat menjadikan Silphium sebagai tanaman pertanian kerana tumbuhan ini tidak dapat tumbuh dengan subur di kawasan bukan tanah tinggi Cyrene.

 

Atas sebab itu, kota Cyrene menjadi pusat untuk mereka menyeludup pokok Silphium dan jadikan sebagai barang jualan penting dalam pasar gelap. Walaupun kerajaan Rom telah mengehadkan jumlah kutipan pokok Silphium, tetap juga ada pihak yang sanggup menyeludupnya.

 

Pada era maharaja Nero (54 Masihi), Silphium akhirnya pupus akibat pengeksploitasi yang melampau. Jadi, tumbuhan ini terkubur bersama-sama dengan tamadun Rom. Ramai saintis meneka apa sebenarnya Silphium ini. Yang mereka boleh teka ialah Silphium ini adalah tumbuhan berbunga dari genus Ferula.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply