Lepas zaman dinosaur, iaitu selepas 66 juta tahun dulu, banyak haiwan-haiwan bersaiz gergasi ‘memerintah’ Bumi. Haiwan-haiwan ini digelar sebagai megafauna. Contoh haiwan yang terkenal ialah Megalodon, jerung gergasi yang wujud pada 23 juta tahun dulu.

 

Ada juga spesis mawas bernama Gigantopithecus blacki yang tingginya mencecah 3.7 meter, kalah tinggi manusia tau! Tenggiling dulu pun saiz dia lebih besar dari kereta!

 

Tapi, sejak lepas zaman ais iaitu kira-kira 11,000 tahun lalu, haiwan-haiwan ini semakin mengecil dan telah pupus spesis-spesis megafauna ini. Kenapa semua haiwan daratan ini semakin mengecil?

 

 

Keadaan ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu sosial dan alam sekitar. Haiwan-haiwan selepas zaman dinosaur hidup bebas tanpa diancam oleh haiwan lain yang berpotensi sebagai pemangsa. Jadi, haiwan seperti mawas, gajah, dan tenggiling mampu membesar dengan mudah.

 

Faktor alam sekitar pula merujuk kepada tiga perkara yang penting: habitat, makanan, dan oksigen. Dunia selepas era dinosaur adalah syurga kepada haiwan darat kerana boleh bebas menetap di mana saja, dapat sumber makanan dengan mudah, dan udara tidak terjejas.

 

Jadi, senang haiwan-haiwan daratan ini membesar sebagai megafauna. Tapi sejak wujudnya spesis pemangsa seperti serigala dan harimau, manusia yang membina penempatan dan kuat memburu, kedua-dua faktor penyebab haiwan jadi gergasi semakin hilang, sampai haiwan daratan jadi kecil belaka seperti haiwan sekarang.

 

Hanya gajah dan paus biru saja yang kekal sebagai haiwan terbesar dunia. Kalau harapkan masa depan wujud lagi haiwan megafauna, memang tak dapatlah, selagi ada haiwan pemangsa dan kita, sebagai manusia yang semakin berkembang hidup.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply