Sempadan negara bakal dibuka beberapa minggu lagi. Ramai juga sedang kecoh pasal teringin untuk ke New Zealand. Keinginan ini memang kita semua faham. Negara New Zealand sangat indah, dengan lapisan masyarakat amat mesra.

Walau bagaimanapun, tidak ramai benar-benar tahu yang New Zealand sebenarnya berdiri di atas sebuah benua. Kalau tengok pada peta, memanglah dua buah pulau – North Island dan South Island. Hakikatnya, kedua-dua pulau ini adalah sebahagian daripada sebuah benua besar yang ditenggelami Lautan Pasifik.

Memperkenalkan Zealandia, sebuah benua yang dinamakan Bruce Luyendyk pada tahun 1995. Dalam bahasa Maori, benuah ini dipanggil Te Riu-a-Maui yang bermaksud “gunung-ganang, lembah-lembah dan dataran Maui”. Saiznya mencecah 4.9 juta kilometer persegi, lebih besar untuk dibandingkan dengan India.

Perbezaan Pendapat Mengenai Status

Zealandia ditemui secara tidak langsung melalui suatu proses yang mengambil masa beberapa dekad. Sekitar tahun 1960-an, pakar geologi bersetuju yang kawasan New Zealand terlalu janggal untuk tiba-tiba muncul. Jadi mereka membangunkan hipotesis pasal sebuah benua.

Tetapi hipotesis ini tidak diuji secara praktikal. Sampailah tahun 1995, apabila Bruce Luyendyk bercakap pasal Zealandia (Gorvett, 2021).

Bruce Luyendyk

Lucunya ini bukan “kali pertama” benua ini ditemui. Kalau tengok dalam lembaran sejarah, kawasan perairan ini dulu pernah menarik perhatian golongan penjelajah (explorer). Golongan ini percaya bahawa kawasan timur Australia mempunyai sebuah dataran sangat besar.

Dataran ini dipanggil Terra Australis. Cuma mereka belum menemuinya. Salah seorang penjelajah adalah Abel Tasman, yang meninggalkan pelabuhan di Jakarta untuk mencari Terra Australis.

Beliau tiba di South Island penuh dengan perasaan hampa. Kerana pulau tersebut jauh sekali sebuah benua seperti diidamkan. Tasman terus beredar tanpa menerokai South Island.

Tanpa disangka, Tasman sebenarnya telah menemui sebuah benua. Dan beliau tidak tahu South Island adalah sebahagian kecil daripada benua tersebut. Saban zaman, Terra Australis digelar Zealandia.

Peta Bayangan Zealandia

Selama beberapa tahun, golongan pakar berbelah bahagi tentang status Zealandia sebagai benua. Istilah sains geologi ada banyak: adibenua (supercontinent), benua (continent), mikrobenua (microcontinent) dan sebagainya.

Jadi mereka mempertimbang perkara ini berpandukan segala fakta yang ada. Dan pada tahun 2014, dua sarjana geologi bernama Nick Mortimer dan Hamish Campbell membentangkan bukti geologi dan ekologi untuk menyokong cadangan “Zealandia adalah benua”.

Tiga tahun kemudian, sebuah pasukan gandingan Australia dan New Zealand menyokong cadangan ini. Zealandia bagi mereka memenuhi segala kehendak untuk layak diisytihar sebuah benua (Hunt, 2017).

Benua Yang Tenggelam

Bukan mudah untuk menyingkap sejarah geologi Zealandia. Para pengkaji pada mulanya mendapati batu di bahagian kerak Zealandia berusia sekitar 500 juta tahun sahaja. Padahal batu kerak benua lain mencecah 1 bilion tahun. Jadi ikut logik, Zealandia tidak sebaya dengan benua lain.

Maksudnya, Zealandia berpisah daripada benua sedia ada… sekali gus menjadi mikrobenua. Tetapi kajian lebih terkini mendedahkan satu sisi yang baru. Pertama sekali, batu tersebut tidak diambil daripada kawasan kerak. Kedua pula, sebuah kumpulan pengkaji mengenal pasti titik kerak sebenar yang tenggelam lebih dalam. Dan batu di situ berusia 1 bilion tahun (Turnbull, et al., 2021).

Selama inilah Zealandia menghidu wangian angin dan kucupan hujan… sampailah sekurang-kurangnya 30 juta tahun yang lalu, apabila Lautan Pasifik bergelora dengan ombak begitu tinggi hingga tenggelam benua begitu besar (Woodward, 2021).

Yang tinggal cuma North Island dan South Island milik New Zealand… dan Pulau New Caledonia milik Perancis (tidak jauh daripada Australia). Menariknya, sekarang ada perbincangan hangat… bahawasanya New Zealand semakin tenggelam saban tahun.

RUJUKAN:

Gorvett, Z. (2021, Februari 8). The missing continent it took 375 years to find. BBC News.

Hunt, E. (2017, Februari 16). Zealandia – pieces finally falling together for continent we didn’t know we had. The Guardian.

Turnbull, R.E., et al. (2021, Mei 12). A hidden Rodinian lithospheric keel beneath Zealandia, Earth’s newly recognized continent. Geology. 49 (8): 1009-1014.

Woodward, A. (2021, Ogos 14). A fragment of a mysterious 8th continent is hiding under New Zealand — and it’s twice as old as scientists thought. Business Insider.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply