Cakap pasal bakteria mesti semua fikir makhluk halus yang boleh menjangkiti manusia. Tanggapan ini betul sebenarnya. Banyak mikroorganisme berjenis bakteria mampu mencetuskan pαηdεmik.

Suatu masa dahulu, Yersinia pestis menyebabkan krisis kesihatan global dengan angka kemαtiαη tidak terjangkau dek akal. Kalau bukan kerana kejayaan saintifik, barangkali COVID-19 boleh menandingi krisis tersebut. 

Saiz Yersinia pestis halus saja, dalam lingkungan 1 µm hingga 3 µm. Satu mikrometer (µm) adalah 0.001 milimeter. Halus sangat. Mycobacterium tuberculosis pula menyerαηg paru-paru, persis SARS-CoV-2. Panjangnya sekitar 2 µm hingga 4 µm.

Penampakan makhluk halus yang pernah meranapkan dunia.

Hampir semua bakteria bersifat makhluk halus, sekali gus mempengaruhi persepsi umum tentang mikroorganisme. Virus pun sama naik. Jujur cakap, kalau manusia boleh nampak SARS-CoV-2 dengan mata kasar, sudah pasti COVID-19 takkan berlaku.

Membetulkan Semula Tanggapan Ini

Bakteria merupakan organisme halus yang bersel tunggal (single-celled organism). Sifat ini menjadi titik penentu tentang status sesuatu mikroorganisme. Cuma sekarang mungkin kenyataan “organisme halus” sudah tidak benar. Kerana baru-baru ini, saintis menemui bakteria yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Bakteria ini ditemui dalam kawasan bakau di Grande-Terre yang terletak dalam kawasan Carribean. Saiznya boleh tahan besar, iaitu 2 sentimeter. Setelah mengkaji, saintis mengesahkan bakteria ini masuk dalam genus Thiomargarita dan mencadangkan nama spesis Thiomargarita magnifica.

Bakteria baru yang mengejutkan saintis.

T. magnifica mempunyai sel tunggal, dengan semua maklumat DNA tersimpan elok dalam sebuah kantung. Sifat ini berbeza untuk dibandingkan dengan bakteria lain.

Biasanya dalam fitrah bakteria, bahan genetik DNA berapungan dengan bebas dalam sel. Tetapi T. magnifica mengehadkannya dalam sebuah kantung (Lanese, 2022). Ini juga membezakannya dengan mikroorganisme jenis lain seperti prokaryotes, eukaryotes dan kulat (fungus), yang kaya dengan sel bernukleus.

Dengan satu kantung bergenetik, T. magnifica mengukuhkan kedudukannya sebagai bakteria. Dan T. magnifica juga mempunyai kantung kedua dipenuhi air.

Penghayatan Dalam Dunia Mikrobiologi

Penemuan Thiomargarita magnifica menunjukkan yang dunia ini sangat kaya dengan kehidupan. Sebarang kepupusan boleh mengundang kesan rantaian, sekali gus menjejaskan kemandirian (survivability) makhluk-makhluk kecil dan halus seperti bakteria.

Keadaan bakteria yang jelas dilihat dengan mata kasar. Ini bukan dengan mikroskop.

Peranan mereka dalam alam ini tidak semestinya untuk membαhαyαkan manusia.

Bakteria sangat penting sebenarnya, untuk 1) merungkaikan makanan dalam perut, 2) menyediakan nutrien untuk kegunaan organisme dan 3) mematikan toksin.

Tiga peranan ini hanyalah contoh mudah. Bakteria juga boleh melindungi badan daripada serangan mikroorganisme pencetus penyakit (pathogen).

Peranan T. magnifica mungkin berkaitan dengan sulfur. Kerana saintis mendapati bakteria ini makan sulfur. Dan saintis sedang mengkaji peranan bakteria ini dalam rantaian evolusi sel rumit (Pennisi, 2022). Cakap pasal evolusi jangan sasau fikir pertukaran manusia daripada beruk.

Gambaran perubahan sel berangkaian sampai menjadi rantaian evolusi.

Tiada saintis (termasuk Charles Darwin) pernah cakap manusia berevolusi daripada beruk. Itu hanyalah dongengan diomongkan anti-Darwin yang tidak faham teori evolusi.

Rantaian evolusi ini wujud dalam bentuknya secara tersendiri. Selama ini santis menyangka bakteria wujud dalam bentuk ringkas dan mudah, bagaikan “bungkusan protein bernyawa”.

T. magnifica membuktikan suatu bakteria besar yang kompleks, siap mampu bergerak macam cacing. Semestinya penemuan ini membuka mata sains untuk kaji daripada sudut tidak terjangkau sebelum ini. Dan ia akan bantu saintis faham keadaan dunia ini.

RUJUKAN:

Lanese, N. (2022, Februari 27). Biggest bacterium ever discovered amazes scientists with its complexity. Live Science.

Pennisi, E. (2022, Februari 23). Largest bacterium ever discovered has an unexpectedly complex cell. Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply