Agak seram kan? Tapi inilah penemuan sebenar yang saintis temui. Dan kalian harus bersyukur kerana tidak lahir pada fasa Carboniferous (sekitar 359 juta tahun lalu) yang penuh dengan serangga gergasi.

Fosil ulat gonggok yang berusia 326 juta tahun dulu ini ditemui di timur laut England dan ulat ini adalah ulat gonggok terbesar yang pernah ditemui. Panjang fosil ulat ini kira-kira 2.7 meter dan beratnya ialah sekitar 50 kilogram. Maka fosil ini besarnya seperti sebuah kereta.

Fosil ulat gonggok itu sebenarnya dari genus Arthropleura dalam keluarga arthropod yang telah sekian lama pupus. Genus ini jugalah adalah kumpulan yang terdiri dari ulat gonggok gergasi. Menurut saintis Bumi bernama Neil Davies dari University of Cambridge di UK, penemuan fosil ini adalah kebetulan yang menakjubkan.

Fosil ulat gonggok gergasi yang ditemui secara tak sengaja.

Ia ditemui secara tidak sengaja oleh bekas pelajar kursus PhD apabila kepingan batu merekah sehingga terpaparnya fosil ulat tersebut. Seramai 4 orang diperlukan untuk mengalihkan batu yang terdiri dari fosil itu.

Penemuan fosil ini juga menjadi kunci dalam memahami bagaimana keadaan kepulauan Britain pada zaman dulu. Ketika fasa Carboniferous, kedudukan kepulauan ini berada hampir dengan garisan equator dan ulat gonggok biasanya menetap di kawasan tersebut. Jadi kehadiran genus Arthropleura bersesuaian dengan keadaan kepulauan Britain dahulu.

Sebelum penemuan ini, Jerman dahulu menemui dua fosil genus Arthropleura ini namun saiznya lebih kecil. Kajian dahulu menunjukkan haiwan invertebrata ini biasa hidup di kawasan paya yang sejuk di mana terdapat banyak tanah gambut.

Ramai saintis cuba merungkai kenapa spesis Arthropleura pada fasa Carboniferous berbadan gergasi. Terdapat beberapa teori yang membenarkan tubuh badan ulat gonggok sedemikian rupa. Antaranya ialah kepenatan oksigen yang tinggi menggalakkan haiwan ini memerlukan organ pernafasan yang besar untuk bernafas.

Namun, kepekatan oksigen di atmosfera pada fasa akhir Carboniferous dan Permian (298 juta tahun dulu) hanyalah 23 peratus, hanya tinggi sedikit dari kepekatan oksigen di atmosfera pada abad kini iaitu sebanyak 21 peratus. Jadi teori ini tidak diterima.

Kemudian, muncul teori kedua iaitu amalan diet ulat gonggok Arthropleura yang besar dan persekitaran yang kekurangan pemangsa. Tentang diet, pengkaji tidak pasti apakah diet yang haiwan ini makan tetapi mereka mengandaikan bahawa spesis ulat gonggok ini ialah pemangsa teratas, sebaris dengan haiwan karnivor seperti harimau dan singa yang memakan haiwan reptilia kecil dan haiwan invertebrata lain.

Dikatakan lebar fosil ini sebesar 50 sentimeter.

Spesis Arthropleura pupus ketika masuk fasa Permian selepas hidup selama 45 juta tahun dulu. Saintis hanya mampu jangkakan bahawa telah wujud reptilia berbadan besar yang sedang ‘menguasai’ dunia sehingga membawa kepada kepupusan ulat gonggok gergasi.

Berbalik kepada fosil Arthropleura di England, fosil ini berkemungkinan berasal dari kawasan berbukit, kemudian jatuh akibat tanah runtuh, hingga ke dasar sungai. Hujah ini dibuktikan dengan kehadiran pasir yang meliputi fosil ulat gonggok ini

Menurut Davies, penemuan fosil ulat gonggok gergasi adalah penemuan yang menakjubkan kerana jarang fosil ditemui dalam keadaan yang lengkap. Kebanyakan fosil haiwan Invertebrata ditemui dalam keadaan yang tidak lengkap.

RUJUKAN:

Nield, David. 22 December 2021. Shocking Fossil Reveals Car-Sized Millipedes Scuttled on Earth 326 Million Years Ago. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply