Kalau pergi tengok wayang, pasti hampir semua daripada kita tidak terlepas untuk membeli popcorn. Tapi kenapa popcorn? Kenapa bukan murukku dan kuih seri muka?

Sebenarnya, dulu popcorn diharamkan untuk dibawa masuk ke pawagam. Ini kerana, popcorn dianggap sebagai makanan murahan yang layak duduk di sarkas dan funfair sahaja. Malah, gaya penjaja menjual popcorn di jalanan dianggap sebagai jijik oleh pemilik pawagam.

Anda semua perlu tahu bahawasanya ketika itu, pawagam tidak berfungi seperti hari ini. Pawagam hanya dikhususkan untuk golongan elit kerana menayangkan silent film. Silent film pula merupakan filem tanpa dialog yang memerlukan penonton memiliki ilmu untuk menafsir segala plot dan naratif secara visual. Bagi penonton biasa terutamanya rakyat marhaen, filem sebegini agak membosankan.

Menjelang 1927, filem berdialog mula disiarkan di pawagam lantas membuatkan kehadiran penonton semakin tinggi. Masalahnya kehadiran itu disumbangkan oleh rakyat marhaen dan mereka mahukan makanan ringan sebagai kudapan ketika menonton filem. Pemilik pawagam tahu, makanan ringan tersebut adalah popcorn kerana paling murah.

Melihat betapa murah dan hinanya popcorn ini, pemilik pawagam tidak membenarkan makanan ringan itu dibawa masuk. Hal ini berikutan popcorn akan mengganggu suasana kelas pertama dalam pawagam.

Namun kehadiran The Great Depression telah mengubah segalanya. Pemilik pawagam terpaksa menurunkan harga tiket bagi memastikan mereka terus bertahan dan membenarkan popcorn di bawa masuk. Popcorn dibenarkan di pawagam kerana makanan lain menjadi sangat malah sehingga mustahil untuk rakyat membeli. Langkah ini berjaya apabila semakin ramai memenuhi ruangan tontonan. Biarpun penuh, para pemilik pawagam masih lagi tidak mampu menjana banyak keuntungan.

Fikir punya fikir pemilik pawagam mendapat idea secara situasi menang-menang bersama penjual popcorn. Pemilik pawagam akan membenarkan penjual popcorn membuka gerai di hadapan bangunan mereka sehingga keuntungan meningkat. Sebagai gantinya penjual popcorn perlu membayar sewa secara harian.

Lama-kelamaan, pemilik pawagam melihat cara ini tidak menguntungkan. Sebabnya penjual popcorn dapat banyak untung, sedangkan bayaran sewa kepada pemilik pawagam tetap sama.

Jadi pemilik pawagam mula merenovasi sedikit bangunan mereka agar sesuai untuk menghasilkan popcorn. Hasilnya, pemilik pawagam berjaya memperolehi keuntungan berlipat gali ganda daripada biasa. Malah dapat mengeluarkan mereka daripada masalah kemelesetan ekonomi yang melanda sebelum itu.

Akhirnya, pemilik pawagam menyedari bahawasanya popcorn boleh menjadi sumber pendapatan utama mereka dengan syarat harga tiket mestilah murah. Maka bermula penjualan tiket yang agak murah tetapi disertakan dengan popcorn berharga mahal.

Sejak itu, kesemua pawagam yang wujud di dunia ini mula mengikut model perniagaan tersebut. Model perniagaan sebegini juga dipakai oleh premis-premis lain seperti kedai Eco RM2.20. Caranya mereka menjual barangan murah dengan harga RM2.20. Sebagai pelanggan kita tidak menyedari hal ini kerana telah dilekakan dengan harga begitu murah. Sebagai contoh Maggi cup di pasar raya lain berharga RM1.90 tetapi di Eco berharga RM2.20.

Kesimpulannya, langkah bijak yang digunakan oleh pawagam sangat berjaya dan tidak pernah dipersoalkan oleh pelanggan walaupun harga naik setiap tahun.

Kepada peniaga di luar sana, anda boleh meniru cara ini untuk mengwujudkan ilusi dan persepsi bahawa produk anda murah.

RUJUKAN:

Geiling, N. (2013, Oktober 3). Why do we eat popcorn at the movies? Smithsonian Magazine. Dipetik daripada https://www.smithsonianmag.com/arts-culture/why-do-we-eat-popcorn-at-the-movies-475063/

Orville Redenbacher’s. (n.d). Why do popcorn and movies go together? Dipetik daripada https://www.orville.com/articles/why-do-popcorn-and-movies-go-together

Will. (2018). Why do we eat popcorn at the cinema. English Live. Dipetik daripada


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply