Sektor kesihatan sentiasa bersungut tentang ketersediaan organ. Bukan semua organ mudah dipindahkan. Pemindahan sudah satu hal. Kena fikir bab penerimaan badan pula. Ada badan yang tidak sesuai dengan hati diterima.

Jadi sistem imun akan aktif melαωαη kerana sangka organ tersebut adalah benda asing. Sampai pihak perubatan kena buat macam-macam untuk mengelakkan kejadian ini (Li & Jevnikar, 2015).

Sekarang ada khabar angin yang saintis sedang mencuba organ buatan (artificial organ). Mesin paru-paru katanya berfungsi dengan baik seperti dirancang dan satu hari nanti akan masuk pasaran (Ota, 2010).

Paru-paru buatan yang dicipta M3.

Jujurnya teknologi ini terlalu canggih untuk kemampuan rakyat marhaen. Mesti kena tunggu berpuluh-puluh tahun untuk harga turun sepertimana televisyen LED turun harga berkali-kali ganda dalam masa beberapa tahun.

Tetapi itu televisyen, suatu kehendak teknologi yang menjadi keperluan hiburan. Organ buatan walau bagaimanapun ada permintaan terlalu tinggi di seantero dunia, dengan bekalan serba terhad. Oleh yang demikian, saintis perlu cari jalan lain.

Pengubahsuaian Genetik Untuk Kesesuaian Zaman

Teori pihak Universiti New York (NYU) logik kalau difikirkan. Semua orang tahu babi ada ginjal seakan-akan sama seperti manusia dari segi anatomi dalaman dan saiz luaran. Tetapi ginjal ini tidak boleh guna terus dalam keadaan mentah.

Ada banyak halangan berkaitan imunologi. Jadi saintis mencuba nasib dengan kaedah pengubahsuaian genetik. Bukan pada manusia. Tetapi pada babi itu sendiri. Ini adalah untuk menipu tubuh badan manusia, katanya itu ginjal manusia.

Pemindahan jenis ini dipanggil xenotransplantation.

Mungkin ada yang tertanya-tanya: untuk apa susah payah buat kajian serupa gila? Ada sebab. Kalau di Amerika Syarikat, seorang pesakit ginjal perlu tunggu giliran selama tiga tahun sekurang-kurangnya. Ada sampai lima tahun.

Kena tengok geografi, bermakna tidak pelik jika lebih lima tahun sekalipun.

Sepanjang 60 bulan ini, mereka perlu bergantung pada mesin dialisis untuk cucian dalaman. Jadi jika eksperimen ini berjaya, manusia seolah-olah dapat peluang alternatif.

Kepakaran pengubahsuaian genetik memang ada pada NYU. Cuma mereka perlu memastikan eksperimen mereka ikut tataetika saintifik. Pada Oktober 2021, seorang wanita meninggal dunia tetapi masih lagi diisytihar “brain deαd”.

Kanan: Brain deαd… tanpa sebarang saluran dαrαh.

Maksudnya, otaknya sudah tidak berfungsi… berbeza dengan koma atau gangguan ketidaksedaran penuh (permanent vegetative state). Kira senang cakap, wanita tersebut sudah tiada.

NYU diberi izin untuk menggunakan jasad wanita tersebut sebagai bahan uji kaji. Mereka memperolehi ginjal daripada seekor babi yang genetiknya sudah diubah suai. Kira untuk melaksanakan kajian, babi itu sendiri perlu renovate dulu.

Kalau ginjal babi biasa, ada sejenis molekul gula yang merupakan punca sistem imun manusia tolak (Hryhorowicz, et al., 2017).

Selama dua hari ginjal babi special berfungsi dalam tubuh manusia. Mereka pantau dengan teliti. Dan mereka mendapati ginjal tersebut berfungsi seperti biasa (Felton, 2021). Masuk air; keluar kencing.

Kira eksperimen sulung ini berjaya. Seterusnya, mereka menguji pada mαγαt yang baru betul-betul meninggal dunia (legally deαd). Dan ginjal babi kedua ini didapati boleh menapis bahan sisa manusia seperti creatinine seperti ginjal manusia biasa (Taub, 2021).

Buat masa sekarang, teknik ini digunakan pada manusia yang memang takkan mungkin hidup bersama ginjal babi. Kerana ujian masih lagi dalam peringkat awal (preliminary).

Kalau berjaya, tentu sekali ramai akan dapat manfaat. Dan saintis juga boleh mempertimbang potensi kejayaan pemindahan xenotransplantation jantung pula.

RUJUKAN:

Felton, J. (2021, Oktober 20). Genetically Engineered Pig Kidney Successfully Transplanted Into Human In World First. IFL Science.

Hryhorowicz, M., et al. (2017). Genetically Modified Pigs as Organ Donors for Xenotransplantation. Mol Biotechnol. 59 (9): 435-444.

Li, X., & Jevnikar, A. (2015). Transplant Immunology. John Wiley & Sons. Halaman 143.

Ota, K. (2010). Advances in artificial lungs. Journal of Artificial Organs. 13 (1): 13-16.

Taub, B. (2021, Disember 16). Pig Kidney Successfully Transplanted Into Human Recipient For Second Time. IFL Science.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply