Hampir setiap hari rakyat Palestin bermandi darah dan kehilangan orang tersayang. Mungkin kalau pemimpin Arab tidak pernah melakukan kesilapan dengan memerangi Khilafah sambil berpakat dengan penjajah, semua nasib malang ini tidak akan berlaku.

Apa yang Arab buat?

Sebelum itu, kita imbau semula khilafah terakhir umat Islam iaitu Turki Uthmaniyah. Sejak 1516, Uthmaniyah sentiasa mendahulukan keselamatan dan kepentingan Baitulmuqaddis. Bahkan di saat tenat dan dipanggil ‘sick man of europe’, Uthmaniyah tak rela menggadaikan seinci pun tanah kota suci.

Bak kata Sultan Abdul Hamid II semasa menolak 150 juta pound dari Theodor Herzl: “Aku tidak akan menjual walau seinci pun wilayah Palestin kerana wilayah itu bukan milikku. Ia milik umat Islam. Mereka membayar empayar ini dengan darah mereka. Maka kami akan menebusnya dengan darah kami. Simpan saja wang kamu itu. Kamu akan mendapat wilayah Palestin secara percuma jika empayar ini berpecah. Selagi aku hidup, aku tidak akan benarkan perkara itu berlaku.”

Kenapa Arab memerangi Uthmaniyah?

Sebenarnya, Uthmaniyah pada masa ini tidak sama dengan yang dahulu. Pada abad ke-19, Khilafah dikuasai oleh tiga pasha iaitu Mehmed Talaat Pasha, Ismail Enver Pasha dan Ahmed Cemal Pasha. Merekalah tangan-tangan yang menjebakkan Uthmaniyah ke dalam WW1 dan membantai lebih sejuta warga Armenia.

Apa dosa bangsa Arab?

Destabilize. Musuh Islam memang sentiasa mencari-cari jalan untuk menyahstabilkan rantau Timur Tengah. Bangsa arab telah menembak kaki mereka sendiri seawal tahun 1744. Itulah bermulanya kerajaan Saudi pimpinan Abdullah bin Saud yang berpakat dengan Muhammad bin Abdul Wahab. Mereka bercita-cita mahu menjatuhkan Uthmaniyah. Maka, perang sabil dilancarkan dengan berbekalkan fatwa berdarah dari Wahabi yang menghukum Uthmaniyah sebagai kafir harbi dan halal untuk ditumpahkan darah.

Apa kaitan dengan pemberontakan Arab?

Walaupun gelombang pertama Wahabi-Saudi berjaya dipatahkan, semenanjung Tanah Arab terus bergolak apabila Revolusi Arab dilancarkan pada 1916. Di saat itu, Uthmaniyah sudah sedia tersepit dengan Perang Dunia Pertama pada 1914. Maknanya, Uthmaniyah terpaksa berdepan peperangan di dua penjuru iaitu melawan Triple Entente (Perancis, Rusia dan Inggeris) di benua Eropah dan Revolusi Arab di Timur Tengah.

Kenapa Arab memerangi Uthmaniyah?

Sebenarnya, Uthmaniyah pada masa ini tidak sama dengan yang dahulu. Pada abad ke-19, Khilafah dikuasai oleh tiga pasha iaitu Mehmed Talaat Pasha, Ismail Enver Pasha dan Ahmed Cemal Pasha. Merekalah tangan-tangan yang menjebakkan Uthmaniyah ke dalam WW1 dan membantai lebih sejuta warga Armenia.

Arab dapat apa yang mereka nak?

Ya. Khilafah Turki Uthmaniah telah mengalami kekalahan pada 1918 dan dimansuhkan pada 1922. Dua tahun setelah itu, Kerajaan Arab Saudi berjaya merampas Mekah Madinah dari tangan pemiliknya yang sah. Terlepaslah tiga masjid utama umat Islam iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa dari perlindungan Uthmaniyah.

Apa harga yang Arab bayar?

Cita-cita Saudi untuk menjadi raja Arab dibayar dengan harga yang mahal. Walaupun Uthmaniyah sudah dibenamkan, kota suci Baitulmuqaddis pula terlepas ke tangan Inggeris. Pada 1922, Inggeris memasuki tanah Palestin dan memulakan British Mandate for Palestine.

Sejak itu, sedikit demi sedikit pelarian Yahudi dari benua Eropah diangkut dan dibawa masuk ke tanah Palestin. Sehinggalah pada 1948, terbentuklah Israel moden seperti yang kita kenal sekarang. Apa yang tinggal buat Arab Palestin hanyalah tanah sekangkang kera di Gaza dan Tebing Barat. Semuanya kerana dosa nenek moyang mereka yang gelojoh membantu Inggeris menjatuhkan Khilafah Islam.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply