Tipulah kalau korang tak kecut perut masa tengok series Saw. Filem yang sarat dengan aksi ngeri dan mendebarkan ini boleh membuatkan korang tak tidur malam. Di sini kita senaraikan 10 seksaan Jigsaw yang paling mengerikan.

Pertama, Reverse Bear Trap – Saw (2004). Perangkap besi untuk beruang dipakaikan ke kepala Amanda. Mangsa cuma diberikan masa yang singkat untuk membuka kunci sebelum perangkap ini mencabik rahang sehingga mati. Apa yang mengerikan, kita boleh merasai ketakutan dari mata Amanda yang sudah tak mampu berbuat apa-apa.

Kedua, Needle Pit – Saw II (2005). Mangsa dibaling ke lubang yang penuh dengan jarum picagari. Perangkap ini menggabungkan di antara kesakitan dicucuk beribu-ribu jarum dengan ketakutan mati akibat penyakit yang sedang merayap dalam badan. Jeritan mangsa yang berusaha untuk keluar sambil berdozen jarum picagari mencucuk tubuhnya takkan dapat korang lupakan.

Ketiga, The Rack – Saw III (2006). Jigsaw kata, inilah perangkap yang paling dia suka. Seksaan ini mengerikan sebab mangsa akan menderita dalam keadaan jaga semasa sendi dan tulangnya dipatah-patahkan. Perangkap ini akan mematahkan tulang-tulang mangsa selagi kuncinya gagal dibuka.

Keempat, Feel What I Feel – Saw IV (2007). Perangkap ini menyeramkan sebab mangsa kena memilih di antara dua pilihan yang teruk. Sama ada titisan berbisa mengenai bola mata atau anggota badan bercerai dari tubuh. Percikan darah merah dari tubuh mangsa terlalu ngeri untuk ditonton.

Kelima, The Pendulum – Saw V (2008). Mangsa terperangkap dengan bilahan kipas besi memotong perutnya. Setiap libasan menyebabkan luka yang lebih parah. Apa yang lebih menarik, perangkap ini diinspirasikan dari the classic horror tale The Pit and the Pendulum, oleh Edgar Allan Poe

Keenam, Shotgun Carousel – Saw VI (2009). Perangkap ini lain daripada yang lain seba dimainkan oleh enam orang serentak. Seorang CEO terpaksa memilih satu daripada enam pekerjanya untuk mati di hujung senapang. Bayangkan, bila pilihan nyawa manusia di tangan korang, apa korang akan buat?

Ketujuh, The Silence Circle – Saw 3D (2010). Seorang penulis kena menarik mata kail dari perut penerbit bukunya. Dia tak boleh buat silap sebab setiap pergerakannya akan mengundang luka berdarah. Mangsa pun tak boleh pengsan, jadi setiap inci kesakitan dirasakan sepenuhnya.

Kelapan, The Cycle Trap – Jigsaw (2017). Jigsaw balas dendam kepada orang yang jual motor rosak kepada sepupunya. Perangkap kali ini bermain dengan masa secara kritikal. Mangsa perlu diselamatkan oleh orang lain, sebelum badannya terjatuh ke dalam bilahan kipas besi yang laju berpusing.

Kesembilan, The Hot Wax Trap – Spiral. Mangsa terbaring di atas meja sambil mukanya ditutup dengan kain. Selagi tidak menyelesaikan teka teki, selagi itu cecair lilin panas dituang ke muka mangsa sambil dia meraung-raung kepanasan. Apa lagi menyeksakan, satu-satunya peluang untuk mangsa bertahan hidup adalah dengan melukakan spinal cord. Sebuah perangkap yang mustahil untuk terselamat.

Kesepuluh, Eye Vaccum Trap – Saw X. Mata mangsa disambung dengan tiub yang panjang sambil badannya terikat pada kerusi. Dia cuma mempunyai 60 saat sebelum matanya tercabut dari soket kepala. Apa yang lagi menyebalkan, mangsa kena memilih kesakitan mata dibutakan hidup-hidup atau jari jemari dipatah-patahkan satu persatu.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Thriller pembunuhan macam ini memang mengerikan untuk korang tonton. Tapi bagi orang yang minat cerita macam ni, korang bacalah THE INSECT. Klik: https://bit.ly/MK-The-Insect


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply