Apa yang korang akan buat kalau ditanam hidup-hidup? Apa yang mampu korang lakukan untuk bebaskan diri kalau dikurung kat belakang batu bata yang disimen?

Untuk mayat-mayat kaku di Eropah, mereka tak mampu menjawabnya!

Kalau korang layan movie, mesti perasan obsesi barat dengan misteri mayat-mayat di dalam dinding. Sebenarnya, urban legend ini ada asasnya. Amalan bricked up atau Immurement adalah sejenis hukuman mati kepada pesalah di Eropah dengan cara mengurung pesalah di dalam dinding hidup-hidup.

Apa kesalahan mereka?

Hukuman ini boleh dikira kejam sebab membiarkan mangsa untuk mati perlahan-lahan. Perempuan yang berzina dengan libido yang tinggi, paderi yang meliwat kanak-kanak, orang Kristian Greek di Beirut sehinggalah kepada Raja Inggeris yang kalah perang turut menjadi mangsa kurungan di dalam dinding.

Ada tak ritual tertentu?

Julian of Norwich, seorang biarawati siap meminta untuk dikurung di balik dinding bersama dengan seorang bayi. Ia menjadi simbol fitrah dan kesucian. Bayi itu merupakan wakaf dari ibu bapanya yang dihantar untuk berkhidmat kepada gereja.

Apa jadi pada peliwat?

Pada 1409, empat paderi Kristian yang bertugas di gereja Augsburg, Bavaria telah disahkan bersalah mencabul kanak-kanak. Perbuatan jijik sebegitu tidak hanya diharamkan dalam agama, malah dianggap jenayah yang berat oleh kerajaan. Gereja Augsburg mengurung keempat-empat pendosa itu di dalam keranda kayu. Mereka mati dalam keadaan mengerikan dan dikuburkan di bawah tempat gantung. Mungkin sekiranya hukuman seperti ini diterapkan sekarang, Eropah takkan lagi mendengar kes pencabulan paderi gereja.

Apa jadi pada perempuan yang bersyahwat tinggi?

Pada zaman Empayar Rom dahulu, vestal virgins iaitu paderi perempuan yang berkhidmat di kuil wajib menjalani rutin yang ketat untuk berkhidmat kepada berhala Vesta. Ada kes apabila vestal virgins didapati berzina, maka perempuan muda itu ditelanjangkan, dibelasah dan dipakaikan dengan bekas kain mayat. Lalu, perempuan malang itu disingkirkan ke gua terpencil. Kalau kuil bersikap ekstrim, nasib dikurung di balik dinding akan menjadi kematian yang paling angker untuknya.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Empayar Rom memberi kesan besar kepada kebudayaan Eropah. Korang boleh melihat jatuh bangun kerajaan agung itu dalam KITAB TAMADUN ROM. Klik: https://bit.ly/30VoLai


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply