Jikalau ditanyakan kepada kita, “Siapakah orang yang paling kita sayang?” Jawapannya akan berbeza-beza. Tetapi jikalau ditanyakan, “Siapakah manusia yang paling menyayangi kita?” Jawapannya cuma satu. Nabi Muhammad (SAW) adalah manusia yang paling mencintai umatnya.

Meskipun hayatnya beribu tahun jauh dengan kita, namun kasih baginda kepada kita tak lapuk di hujan, tak lekang di panas. Sampaikan disebut dalam sebuah riwayat, Rasulullah (SAW) merindui saudara-saudaranya. Lalu sahabat kehairanan, bukankah kami ini saudaramu? Rasulullah menjawab, engkau semua sahabatku, saudaraku pula adalah orang yang beriman denganku walaupun tidak pernah berjumpa denganku. Bayangkan, kita yang tidak pernah ketemu baginda, sudah dianggapnya saudara!

Sepanjang 63 tahun usianya, tidak sedikit bantahan dan cercaan daripada orang kafir yang membenci dakwah baginda. Semua kesakitan yang dialami baginda tidak sedikit pun melunturkan cintanya kepada ummah. Manakan tidak, satu doa yang paling makbul itu masih disimpan Rasulullah (SAW) untuk dipanjatkan kepada ilahi di Padang Mahsyar, di saat semua manusia sengsara dan derita.

Kalau baginda mahu, boleh sahaja diterbalikkan gunung-ganang buat menghempap mati penduduk Taif yang melempar batu sehingga baginda berdarah, namun baginda memilih cinta iaitu mendoakan hidayah buat warga Taif. Sebegitu dalamlah cinta Rasulullah (SAW), tidak mengenal jemu meski dicucuk sembilu.

Kata orang, rupa seseorang akan dizahirkan di hujung hayatnya. Kalau begitu, tiada rupa yang seindah Rasulullah (SAW) di hujung hayatnya. Sedang malaikat maut menunggu detik ajal mendekat, tampak wajah baginda resah gelisah. Nabi bertanya kepada malaikat Jibrail, “Apa jadi dengan umatku selepas ketiadaanku?” Jibrail menjawab, “Bagindalah penghulu mereka bila dibangkitkan dari alam kubur. Syurga tidak akan dimasuki oleh umat lain, melainkan telah dimasuki oleh umat Muhammad terlebih dahulu.” Dengan jawapan ini

Tidak terhitung 1001 kisah kerinduan dan kasih sayang Rasulullah (SAW) kepada ummah. Oleh itu, mengapa masih kita lokek untuk berselawat kepada baginda? Di hari mawlid yang mulia ini, mari kita banyak-banyak berselawat kepada junjungan al-Mustofa. Shallallahu ‘ala Muhammad.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Mesti kita rasa sebak mengenangkan betapa cintanya Rasulullah (SAW) kepada kita. Kita kena tahu lebih lanjut perjuangan ummah memartabatkan agama baginda di persada dunia. Bacalah KITAB TAMADUN ISLAM untuk tahu lebih lanjut. Tawaran menarik sudah bermula! Jangan lepaskan peluang dari 25 September sampai 8 Oktober ini, ada diskaun RM10 untuk semua buku kami. Kami sediakan banyak pilihan buku-buku ilmiah dan fiksyen yang pasti mengujakan korang. Klik https://shp.ee/cc3w7sn


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply